Kisah Pembunuhan Kejam Nisa Nurhafizah

Pada bulan September 2025 bertempat di Keamanan Desa Toluanua di Kecamatan Mowila, Kabupaten Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara, Indonesia dikejutkan dengan satu kejadian hitam yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bernama Nisa Nurhafizah. Nisa yang merupakan anak tunggal kepada pasangan Muhammad Putkal dan Astuti Alawiyah tinggal bersama ibu dan datuknya selepas ibu bapanya berpisah. Walaupun ibu bapanya sudah tidak bersama, Nisa tetap mendapat kasih sayang yang secukupnya termasuk daripada bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori.
Kejadian bermula pada petang Khamis, 11 September 2025 apabila Nisa meminta izin daripada keluarga untuk bermain bersama rakan-rakan dan sepupunya di halaman masjid berdekatan rumah mereka. Apabila waktu senja menjelang, sepupunya pulang ke rumah tanpa Nisa sekali gus menyebabkan ibu mangsa, Astuti berasa bimbang. Pencarian segera dilakukan di sekitar kawasan masjid. Selipar milik Nisa ditemui di hadapan rumah seorang jiran yang dihuni oleh seorang warga emas, Nenek Muri bersama anak lelakinya, Rintondan cucunya yang bernama Afdan. Apabila Astuti cuba memeriksa rumah tersebut, dia mendapati Afdan sedang berbaring di dalam bilik. Walau bagaimanapun, suspek tidak menunjukkan sebarang maklumat berguna.

Sepanjang tempoh pencarian yang melibatkan pihak berkuasa, pasukan mencari dan menyelamat serta penduduk kampung, pelbagai petunjuk ganjil muncul. Suspek, Afdan yang berusia 21 tahun dikatakan bersikap introvert dan jarang bergaul namun gelagatnya sepanjang tempoh pencarian sangat mencurigakan. Dia dikesan cuba mengalihkan perhatian penduduk dengan memberikan maklumat palsu. Malah ahli keluarganya turut menyebarkan dakwaan berunsur mistik bagi mengelakkan rumah mereka diperiksa dengan lebih rapi. Walaupun terdapat aduan daripada penduduk mengenai bau busuk atau bungkusan mencurigakan di rumah tersebut, ia pada mulanya tidak diberi perhatian sewajarnya akibat kekeliruan dan gangguan oleh penghuni rumah.
Pada pagi Sabtu, 13 September 2025, penantian yang penuh keresahan berakhir dengan satu penemuan ngeri apabila mayat kecil Nisa ditemukan di dalam karung guni di kawasan kebun yakni tidak jauh dari kediaman suspek. Susulan penemuan itu, pihak polis membawa anjing pengesan ke lokasi yang secara tepat menghidu jejak hingga ke dalam bilik tidur Afdan di rumah Nenek Muri. Pemeriksaan forensik menemui bukti fizikal seperti kesan darah pada gunting dan langsir di dalam bilik tersebut. Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dan terdapat bukti serangan seksual yang kejam memandangkan terdapat kesan koyakan pada selaput dara mangsa.

Siasatan mendedahkan bahawa Afdan telah memanggil Nisa ketika kanak-kanak itu sedang berjalan pulang dan memujuknya masuk ke dalam rumah dengan menawarkan wang serta menipu bahawa sepupunya berada di dalam. Sebaik sahaja mangsa melangkah masuk, suspek menarik mangsa secara paksa ke dalam bilik lalu lalu menekup mulut mangsa dengan bantal sehingga tidak sedarkan diri sebelum dia melampiaskan nafsu bejatnya. Apabila menyedari mangsa telah meninggal dunia akibat perbuatannya, suspek yang dalam keadaan panik cuba menyembunyikan mayat mangsa di dalam bagasi sebelum memindahkannya ke dalam karung guni lalu dibuangnya ke kawasan kebun.

Tindakan keji ini mencetuskan kemarahan luar biasa penduduk kampung hingga mereka bertindak merobohkan rumah keluarga suspek sehingga rata dengan tanah sebagai tanda protes. Pihak polis telah menahan Afdan manakala Nenek Muri dan Rinto turut dibawa ke balai untuk siasatan lanjut bagi menentukan sama ada mereka terlibat dalam cubaan menutup jenayah tersebut. Hingga setakat ini, status hukuman muktamad terhadap pelaku masih dalam proses perundangan di mahkamah Indonesia. Pelaku berdepan pertuduhan berat di bawah Kanun Keseksaan serta undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak dan keganasan seksual yang membawa peruntukan hukuman penjara yang sangat lama atau seumur hidup.
Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Nisa Nurhafizah "