Panik Teman Wanita Hamil, Lelaki Ini Lakukan Aksi Kejam! Racun dan Gantung!

Pada pagi Khamis 11 Jun 2026, penduduk di Desa Tanjung Miring, Kecamatan Rambang Kuang, Kabupaten Ogan Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia dikejutkan dengan satu penemuan ngeri. Pada sekitar jam 6.30 pagi, beberapa orang penduduk kampung yang sedang melalui kawasan kebun getah milik terpandang susuk tubuh seorang wanita yang tergantung pada sebatang pokok getah. Pada pandangan mata kasar, situasi tersebut seolah-olah menunjukkan mangsa telah nekad menamatkan riwayat sendiri. Namun hasil siasatan teliti pihak polis tidak lama kemudian merungkaikan satu realiti yang jauh lebih kejam. a bukanlah satu kes bunuh diri tetapi sebaliknya satu pembunuhan terancang yang dilakukan oleh orang terdekat mangsa.
Mangsa yang dikenali sebagai Yusnani, 29 tahun merupakan seorang wanita yang dikenali ramai sebagai juru masak merangkap tenaga pengajar di sebuah sekolah pondok yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian. Berdasarkan laporan autopsi dan pemeriksaan lokasi kejadian, pihak polis mendapati beberapa kejanggalan yang mustahil dikaitkan dengan perbuatan sendiri. Ketinggian dahan pokok tempat mangsa ditemui, cara ikatan kain tudung yang digunakan serta kehilangan barangan peribadi mangsa seperti motosikal, telefon bimbit dan beg tangan menjadi bukti kukuh bahawa terdapat unsur jenayah yang cuba disembunyikan oleh pelakunya.

Kurang daripada 24 jam selepas mayat ersebut ditemui, pihak polis telah berjaya menahan suspek utama iaitu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bernama Sandino atau lebih dikenali sebagai Dino. Penahanan tersebut dilakukan di kediaman suspek di Desa Jiwa Baru, Kecamatan Lubai, Kabupaten Muara Enim selepas suspek menyerahkan diri dengan bantuan keluarga. Dalam sesi soal siasat, Dino akhirnya mengaku melakukan perbuatan keji tersebut kerana terdesak akibat kehamilan mangsa.
Hubungan antara mangsa dan pelaku sebenarnya telah terjalin sejak kira-kira tiga tahun lalu. Hubungan itu bermula ketika Dino masih bergelar sebagai pelajar di sekolah pondok tempat Yusnani bekerja. Meskipun perbezaan usia mereka mencecah 11 tahun dan wujud halangan peraturan, hubungan sulit itu tetap berterusan sehingga mereka berani melakukan hubungan intim. Apabila Yusnani disahkan hamil tiga bulan pada awal Jun 2026 ,dia mendesak supaya Dino bertanggungjawab. Pelaku yang masih muda itu mula berasa takut merana dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa selain bimbang akan masa depannya.

Detik-detik akhir sebelum kejadian berlaku sangat dirancang rapi oleh pelaku. Pada 10 Jun 2026, Dino membawa mangsa ke kawasan kebun getah yang sunyi dengan alasan untuk berbincang. Ketika mangsa meminta air minuman, Dino mengambil kesempatan mencampurkan racun rumput ke dalam air mineral tersebut. Tanpa rasa curiga, Yusnani meminum air beracun itu sebelum maut tidak lama kemudian. Bagi melenyapkan bukti, Dino kemudian mengalihkan posisi mayat mangsa agar kelihatan seolah-olah mangsa gantung diri sebelum dia melarikan motosikal serta barang berharga milik mangsa.
Dino kini sedang berdepan dengan tindakan undang-undang yang amat berat atas perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut. Pihak berkuasa telah mendakwa Dino di bawah peruntukan undang-undang berkaitan pembunuhan terancang serta pencurian dengan kekerasan. Jika disabitkan kesalahan, remaja tersebut terancam dengan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.
Catat Ulasan for "Panik Teman Wanita Hamil, Lelaki Ini Lakukan Aksi Kejam! Racun dan Gantung! "