KES BORAM : Sampai Hatimu Ibu!
![]() |
Boram |
Kisahnya bermula pada 10 Februari 2021 bertempat di bandar
Gumi, Wilayah North Gyeongsang, Korea Selatan di mana pihak polis telah menemui
mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam sebuah apartment. Identiti
kanak-kanak perempuan itu dikenalpasti sebagai Boram.
Menerusi siasatan awal mendapati rumah apartment yang sudah
lama kosong tersebut pernah didiami oleh pasangan suami isteri muda iaitu Hong
(lelaki) dan Kim (perempuan). Mereka berdua juga merupakan ibu bapa kepada
Boram. Hong dan Kim (22 tahun) bagaimanapun bercerai pada bulan April 2020. Hong dikatakan
telah meminta Kim untuk menjaga Boram buat sementara waktu sehingga sumber
kewangannya kukuh. Perkara itu dipersetujui oleh Kim. Namun apa yang berlaku
kemudian, Kim telah mengabaikan Boram.
Bulan Mei 2020, Kim gagal untuk membayar bil elektrik selama
lima bulan berturut-turut sekaligus menyebabkan bekalan elektrik rumahnya terpaksa
dipotong. Tiga bulan berikutnya, Kim keluar dari apartment untuk tinggal
bersama suami barunya tanpa membawa Boram sekali. Malah, Boram dibiarkan
bersendirian di apartment berkenaan dalam keadaannya kelaparan serta suasana
yang gelap dari bulan Ogos 2020 hinggalah mayatnya ditemui pada bulan Februari
2021 lepas.
Berkenaan dengan penemuan mayat Boram, ia sebenarnya hasil maklumat
daripada ibu bapa Kim. Mereka berdua pada waktu sebelumnya telah menerima
panggilan daripada tuan rumah apartment ekoran Kim yang gagal untuk dihubungi.
Tuan rumah memberitahu bahawa Kim harus keluar dari apartment kerana perjanjian
sewa sudah pun tamat tempoh. Sebaik ibu bapa Kim memasuki apartment tersebut,
mereka berdua telah menemui mayat Boram lalu bertindak melaporkan hal itu kepada
pihak polis.
![]() |
Seok dan Kim |
Susulan penemuan mayat Boram, pihak polis berjaya mengesan Kim untuk disoal siasat. Walau bagaimanapun, kes tiba-tiba menjadi rumit kerana setelah ujian DNA dilakukan, Boram bukanlah anak kepada Kim dan Hong. Boram sebaliknya disahkan sebagai anak kepada ibu Kim sendiri yang bernama Seok (48 tahun). Lagi mengejutkan, suami Seok bukan bapa kandung kepada Boram. Jadi, Boram dipercayai anak hasil hubungan terlarang Seok bersama lelaki lain. Dua orang lelaki yang dikenalpasti sebagai kekasih gelap Seok juga telah ditahan. Selepas pemeriksaan DNA dilakukan, mereka berdua juga disahkan bukan bapa kandung Boram. Usaha mengesan bapa sebenar Boram masih giat dilakukan.

Berdasarkan siasatan, pihak polis mengesyaki Seok dan Kim telah melahirkan anak masing-masing pada waktu yang hampir serentak. Seok kemudian menukar bayi tersebut di luar pengetahuan Kim. Hasil pemeriksaan, Kim telah melahirkan bayi perempuannya pada bulan Mac 2018. Seok pula menafikan dia mempunyai sebarang anak dan tiada juga butiran rasmi tentang rekod kelahiran Buram. Sepanjang Kim membesarkan Boram, dia beranggapan Boram adalah anak kandungnya tanpa mengetahui hakikat sebenar. Sewaktu disoal siasat, Kim ada membuat pengakuan bahawa dia tidak menyukai Boram hanya kerana Boram adalah anak Hong. Mengenai status keberadaan anak Kim yang sebenar kekal tidak diketahui.
Sementara itu, suami Seok mendakwa dia langsung tidak tahu
menahu tentang kehamilan isterinya. Kes masih lagi dalam siasatan lanjut.
Sumber : Koreaboo, Koreaherald
Salam semua saya ingin menggunakan medium ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Doktor Wayne Curl
BalasPadamDOCTORWAYNECURL@OUTLOOK.COM daripada hospital pakar venkata india yang
hospital membeli buah pinggang saya pada kadar $805,000USD yang mereka bayar saya separuh masa pertama
bayaran $403,000 sebelum mereka menghantar pakar perubatan mereka untuk datang dan memilih
saya dari negara saya ke India saudara-saudara hospital adalah yang membayar
untuk perbelanjaan perjalanan saya dan mereka menjaga saya dengan baik dan merawat saya
sangat baik saya berharap ada tempat saya boleh menunjukkan kepada anda semua bahagian dalam badan saya
jika satu buah pinggang telah mengambil daripada sistem saya, saya akan melampirkannya
sepanjang luka telah selesai dan ia tidak sakit selepas pembedahan itu
apabila mereka membayar saya baki saya sebanyak $402,000 dan menerbangkan saya pulang ke negara saya.
Saya sememangnya berterima kasih kepada Hospital Pakar Venkata kerana membeli buah pinggang saya
dan membawa saya jauh dari masalah kewangan saya sekarang saya hidup bahagia
dengan 2 anak saya dan kami gembira.
Berikut ialah Hospital Pakar Venkata Hubungi DOCTORWAYNECURL@OUTLOOK.COM atau
P.O Box 27 NewDelhi India
nak jual buah pinggang atau organ sendiri salam hormat