Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TIPU IBU MASUK UNIVERSITI

Kredit : Newsflash

    TURKI – Baru-baru ini,  kisah seorang wanita bernama Gulseren (57 tahun) iaitu seorang penjual bunga di bandar Antakya telah disiarkan menerusi wawancara oleh sebuah stesen televisyen tempatan. Apa yang berlaku kemudian, kisah Gulseren yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak terus tular. Ceritanya, sudah lebih sepuluh tahun Gulseren menjual bunga sebagai sumber pendapatan untuk menampung wang pembiayaan pengajian anak-anaknya. Hasil pengorbanan Gulseren, anak lelakinya berjaya menamatkan pelajaran di universiti dan kini sudah bekerja sebagai pegawai tentera. Selain itu, Gulseren ada kala dibantu oleh suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk melakukan jualan bunga di kawasan perkuburan.

Merve Bozkurt (Kredit : Newsflash)

    Seorang lagi anak Gulseren adalah bernama Merve Bozkurt (25 tahun). Menurut Gulseren, anak perempuannya itu kini melanjutkan pelajaran tahun kelima di universiti berprestij dunia iaitu Universiti Oxford, United Kingdom. Jadi, Gulseren telah banyak berkorban daripada segi kewangan agar Merve dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. Kata Gulseren,

   “Jika seseorang itu sihat, bekerja adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan. Seronok membelanjakan wang yang diperolehi untuk anak-anak. Saya nasihatkan agar mana-mana wanita supaya bekerja dan berdiri atas tapak kaki mereka sendiri.”

    Namun selepas kisah Gulseren menjadi tular hingga dia menerima wang sumbangan daripada orang ramai, barulah terbongkar segala-galanya. Merve rupa-rupanya tidak pernah pun bergelar sebagai pelajar di Universiti Oxford. Dia yang tidak mempunyai sebarang pasport sebaliknya merupakan seorang ejen hartanah di Istanbul. Selama bertahun-tahun, Merve membohongi Gustere untuk memperolehi wang dengan cara mudah bagi menampung gaya hidupnya.

Kredit : Newsflash

      Menyedari kesalahannya, Merve telah tampil untuk memohon maaf secara terbuka.

    “Saya sendiri berasa terkilan kerana sudah mengecewakan ibu saya.”

    “Saya mereka-reka cerita. Saya juga telah membuatkan orang ramai mempercayai tentang pembohongan saya.”

    “Selama ini, saya sebenarnya bekerja untuk syarikat ejen hartanah di Istanbul.”

    “Ibu saya pernah memberitahu, jika saya tidak dapat menempatkan diri saya di universiti yang bagus, dia tidak akan membiarkan saya melanjutkan pelajaran.”

    “Disebabkan ibu saya terpaksa bergelut sepanjang hidupnya, maka dia enggan segala usahanya selama ini dipersia-siakan.”

    “Saya tidak akan mempersia-siakan pengorbanan hebat ibu saya dan saya akan membanggakannya kelak.”

Sumber : The Sun

Catat Ulasan for "TIPU IBU MASUK UNIVERSITI"