Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KECANTIKAN YANG HIPOKRIT.


    JEPUN - Saat artikel ini ditulis, seorang gadis muda cantik dari Jepun yang juga merupakan seorang pengguna motosikal berkuasa tinggi mempunyai lebih daripada 18 000 jumlah pengikut di laman akaun Twitter miliknya. Menerusi laman Twitter gadis tersebut, dia menggunakan nama @azusagakuyuki. 

    Azusagakuyuki pada waktu sebelum ini dikenali di Twitter oleh pengikutnya sebagai seorang gadis berambut panjang cantik yang sering berkongsi gambar swafotonya dengan motosikal kuasa tinggi. Malah, dia juga sering mendapat pujian kerana kecantikan  paras wajahnya. 

    Tunggu sekejap! Jangan terpedaya kerana baru-baru ini ada seorang kru program televisyen tempatan Jepun telah mendedahkan segala-galanya. Azusagakuyuki sebenarnya adalah seorang lelaki pertengahan usia berambut perang panjang. Satu berita yang semestinya cukup mengejutkan pengikut Azusagakuyuki dan peminat sukan pemotoran.

    Menerusi pengakuan yang dibuat oleh Azusagakuyuki, dia yang kini berusia 50 tahun mengaku telah menggunakan aplikasi Faceapp dan Photoshop untuk menukar gambarnya menjadi seorang gadis jelita. Tambah Azusagakuyuki lagi, dia berbuat sedemikian adalah kerana sambutan luar biasa yang diterimanya di Twitter. Sebelum ini, Azusagakuyuki pernah memuatnaik gambarnya sendiri tetapi tidak mendapat sebarang sambutan. Selepas menyedari gambarnya sebagai seorang gadis mendapat perhatian pengguna Twitter, dia tekad untuk memuatgambar seperti itu secara berterusan. 

    Berdasarkan tinjauan terhadap Twitter Azusagakuyuki, akaun tersebut masih lagi kekal aktif.

Catat Ulasan for "KECANTIKAN YANG HIPOKRIT."