Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH JODI ARIAS : Rahsia Kotor Teman Wanita Psiko

     

Youtube

    Travis Victor Alexander (lahir tahun 1977) iaitu seorang jurujual serta penceramah motivasi mula bertemu dengan Jodi Ann Arias (lahir tahun 1980) pada tahun 2006 di sebuah konferens yang diadakan di Las Vegas. Bulan Februari tahun berikutnya, mereka berdua akhirnya menjalinkan hubungan yang serius. Meskipun tinggal di negeri yang berlainan, perkara itu bukanlah menjadi penghalang Jodi untuk berjumpa dengan Travis. 

    Jodi dikatakan sangat obses dan paranoid dengan kecurangan  Travis. Perkara ini selepas Jodi membaca sendiri teks mesej dan emel Travis yang kerap menggoda wanita lain. Meskipun begitu, hubungan seks liar antara Jodi dan Travis tetap berterusan. Sebenarnya pada awal perhubungan mereka berdua, Jodi telah sanggup menukar agamanya kepada agama yang dianuti oleh Travis iaitu Mormon. Dalam fahaman Mormon, hubungan seks hanya boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri yang sah. Jadi sebarang hubungan seks di luar ikatan perkahwinan adalah dilarang sama sekali. 

    Menurut cerita rakan Travis, Jodi sepertinya bukanlah wanita yang biasa. Dia secara terang-terangan merupakan seorang wanita psiko. Mereka sendiri pernah melihat Jodi menjilat leher Travis betul-betul di depan mata mereka. Perbuatan Jodi tersebut begitu jelas agak kurang disenangi oleh Travis sendiri. Selain itu, Jodi yang sentiasa berkepit dengan Travis paling tidak gemar jika melihat Travis berborak dengan wanita lain. Lebih-lebih lagi bila status hubungan mereka berdua sebagai kekasih tidak didedahkan. Ada juga cerita di mana Travis telah diekori oleh Jodi hingga ke pintu bilik mandi. Jodi bertindak sedemikian hanya semata-mata untuk mengintip perbualan Travis.

    Selepas lima bulan menjalinkan hubungan sebagai kekasih, Travis dan Jodi akhirnya berpisah jua. Meskipun telah berpisah, Travis dan Jodi tetap menjalinkan hubungan seks apabila saling berjumpa. Harus diingatkan, mereka berdua adalah penganut Mormon. 

Facebook

    Perpisahan tersebut sebenarnya langsung tidak dapat diterima oleh Jodi. Dia memang enggan sama sekali untuk melepaskan Travis. Malah Jodi juga bertindak mengugut Travis untuk membunuh diri. Biarpun berkali-kali diberitahu oleh Travis bahawa tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka berdua, Jodi tetap enggan untuk menerima kenyataan. 

    Situasi menjadi semakin parah selepas Jodi mengetahui Travis ada menjalinkan hubungan bersama wanita lain. Travis hanya pergi berjumpa dengannya apabila berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Perkara inilah yang benar-benar membuatkan Jodi menjadi semakin marah dan agresif. Tidak cukup dengan memancitkan tayar kereta Travis, Jodi juga telah bertindak menggodam Facebook milik Travis untuk mengintip segala pergerakan bekas kekasihnya itu. 

    Pada awal bulan Jun 2008, Travis telah gagal untuk dihubungi selama beberapa hari. Rakan-rakannya yang berasa risau dengan keadaan tersebut  membuat keputusan untuk pergi ke rumah Travis. Sampai di lokasi, mayat Travis ditemui di dalam bilik mandi dengan keadaan yang sangat mengerikan. Travis dipercayai telah ditembak pada bahagian kepala dengan leher dikerat serta badannya ditikam berkali-kali. 

    Sejurus pihak polis tiba di lokasi kejadian itu, mereka telah menemui kamera di dalam mesin basuh. Kamera tersebut yang kemudiannya dianalisis didapati mengandungi imej foto Jodi dan Travis pada waktu kejadian. Ini termasuklah imej mengerikan mayat Travis diheret pada atas lantai. Anda boleh mencari dan melihat sendiri gambar ngeri mayat Travis itu di internet. 

    Jodi Arias iaitu satu-satunya suspek utama dalam pembunuhan Travis terus ditahan. Biarpun Jodi membuat penafian tentang perkara itu, namun semua keterangan yang diberikannya dilihat langsung tidak konsisten. Bermula dengan cerita rumah Travis yang diceroboh masuk oleh dua orang penceroboh bertopeng, Jodi akhirnya mengaku membunuh Travis untuk mempertahankan diri. Dakwa Jodi, dia kerap menjadi mangsa penderaan Travis. Bagaimanpun, semua itu tidak mengubah keputusan Juri. Tahun 2015, Jodi Arias yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Catat Ulasan for "KISAH JODI ARIAS : Rahsia Kotor Teman Wanita Psiko"