Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CHRIS WATTS MENYESAL - Dihantui mendiang isteri dan anak-anak.


    Si pembunuh kejam psiko dan narsis iaitu Chris Watts yang kini berada di dalam penjara untuk seumur hidup masih lagi dihantui dengan bayangan mendiang isteri iaitu Shannan dan dua orang anak mereka, Bella serta Celeste yang telah dibunuhnya dua tahun lalu.

    Chris yang mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dilaporkan telah mencekik Shannan di dalam bilik tidur iaitu betul-betul di depan mata Bella (4 tahun) dan Celeste (3 tahun). Lagi menyedihkan, Shannan pada waktu itu sedang hamil 15 minggu anak lelaki mereka yang bakal dinamakan sebagai Nico.

    Selepas Shannan dibunuh, mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam trak. Chris seterusnya memandu trak tersebut ke tempat kerjanya dengan membawa sekali Bella dan Celeste. Apabila sampai di lokasi, Chris yang menarik mayat Shannan keluar dari trak tiba-tiba ditegur oleh salah seorang daripada anaknya,

    "Ayah nak buat apa dekat ibu?" 

    Selain itu iaitu pada saat-saat akhir hidup mereka, Bella yang melihat Chris sedang menekup muka Celeste sempat lagi untuk bertanya, 

    "Adakah nasib saya akan menjadi seperti Cece (Celeste)? 

    Mayat Bella dan Celeste kemudian dibuang ke dalam tangki minyak manakala mayat Shanann pula ditanam di kawasan yang sama. 

    Sewaktu masih dalam operasi pencarian mangsa, Chris menerusi satu wawancara televisyen kelihatan tenang apabila  mendakwa isteri dan anak-anaknya itu telah hilang. Jadi, dia dengan muka selamba merayu agar Shannan, Belle dan Celeste kembali pulang ke pangkuannya. Namun selepas siasatan dijalankan, barulah wajah sebenarnya terdedah.


    Chris Watt sekarang telah dilaporkan benar-benar menyesal dan menderita atas perbuatan kejamnya itu. Malah terdapat juga laporan yang memberitahu bahawa dia ada meletakkan gambar Shannan, Belle dan Celeste di dalam selnya. Ada kalanya Chris akan bercakap seorang diri dengan gambar tersebut. Menjelang waktu malam pula, dia akan membacakan buku untuk anak-anaknya yang sudah pun mati itu dengan suara yang lantang.

    Sumber : mirror.co.uk

    Nota : Kisah penuh pembunuhan kejam Chris Watts ini boleh juga dibaca di sini. 

Catat Ulasan for "CHRIS WATTS MENYESAL - Dihantui mendiang isteri dan anak-anak. "