Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH MARY KAY LETOURNEAU : Rogol, Lalu Nikahi Anak Murid Sendiri


    Pernahkah anda membaca tentang kisah Mary Kay Letourneau? Jangan salah faham, bukan Mary Kay Ash iaitu pengasas produk kosmetik Mary Kay. Mary Kay Letourneau yang dimaksudkan ini merupakan bekas seorang guru wanita yang telah merogol anak murid lelakinya sendiri berusia 13 tahun. Tak cukup dengan rogol, Mary Kay Letourneau membuat keputusan pula untuk menikahi anak muridnya itu. Kisahnya ini juga dianggap sebagai skandal cinta paling gila yang telah menggemparkan Amerika Syarikat. 

    Mary Kay Letourneau yang dilahirkan pada 30 Januari 1962 merupakan anak kepada seorang ahli politik. Tahun 1985, Mary telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Steve Letourneau. Sepanjang tempoh perkahwinan tersebut, mereka berdua mempunyai empat orang anak.

    Seterusnya, Mary telah menjadi sebagai seorang guru sebuah sekolah rendah yang terletak di Shorewood sejak dari tahun 1989. Pada tahun 1996, dia mula menjalinkan hubungan seksual dengan seorang anak murid lelakinya yang berusia 13 tahun iaitu Vili Fualaau atas dasar suka sama suka. Bayangkan, Mary ketika itu sudah pun berusia 34 tahun. Bila dihitung, jarak perbezaan umur antara Mary dan Vili adalah 21 tahun. Hubungan mereka berdua itu bermula selepas Vili kerap datang ke rumah Mary untuk belajar melukis. Pada masa sama, Vili berkawan rapat dengan anak sulung Mary yang bernama Steve. Selain itu, apa yang perlu diketahui juga adalah Mary dan Vili saling mencintai antara satu sama lain.

    Sewaktu awal perhubungan mereka berdua, Mary dan Vili pernah ditangkap oleh anggota polis di sebuah tempat parkir kerana berdua-duaan dalam kereta secara mencurigakan. Namun, pihak polis tidak mengambil tindakan susulan selepas menerima butiran pengesahan maklumat daripada ibu Vili menerusi panggilan telefon. Pada waktu berkenaan, ibu Vili tidak mengetahui tentang hubungan terlarang yang terjalin antara anaknya itu dengan Mary. 

    Mary bagaimanapun ditangkap jua oleh pihak polis ekoran laporan yang dibuat oleh pihak keluarga suami kepada Mary sendiri. Apa yang benar-benar mengejutkan waktu tersebut, Mary telah mengandungkan anak Vili. Bayi perempuan pertama pasangan kekasih itu selamat dilahirkan sewaktu Mary masih menunggu keputusan hukuman daripada pihak mahkamah. Mary yang mengaku bersalah pada kemudiannya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan. Dia juga dilarang untuk menghubungi mahupun mendekati Vili dan juga budak lain yang di bawah umur. Semasa tahun 1998, Mary yang tidak pernah serik ditangkap sekali lagi oleh pihak polis atas kesalahan berdua-duaan bersama Vili di dalam keretanya. Berdasarkan penemuan sejumlah wang serta pasport dalam kereta tersebut, mereka berdua dipercayai merancang melarikan diri dari Amerika Syarikat. Berikutan penangkapan itu juga, Mary telah dihukum penjara buat kali kedunya untuk tempoh 7 tahun. Anak kedua Mary bersama Vili dilahir dan dibesarkan dalam penjara. Berkenaan tentang hubungan Mary dan suaminya, mereka berdua bercerai pada tahun 1999. 

Mary dan Vili bersama anak mereka.

    Sebaik saja pembebasan Mary dari penjara tahun 2004, Vili yang berusia 21 tahun terus memfailkan rayuan kepada pihak mahkamah bagi menggugurkan perintah sekatan berhubung dan berjumpa yang dikenakan terhadap Mary pada sebelum ini. Rayuan itu telah berjaya sekaligus membolehkan Mary dan Vili melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada tahun 2005 yang begitu meriah dan mendapat liputan meluas daripada pihak media. Tiada siapa menyangka hubungan cinta mereka berdua begitu utuh. Perkahwinan tersebut tidak berkekalan lama apabila Mary dan Vili sah bercerai pada tahun 2019. 7 Julai 2020, Mary menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Vili akibat menderita penyakit kanser.

Catat Ulasan for "KISAH MARY KAY LETOURNEAU : Rogol, Lalu Nikahi Anak Murid Sendiri"