Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dokumentari Netflix Tentang Kisah Chris Watts Bakal Menyusul.

    Netflix dijangka akan menyiarkan dokumentari kisah pembunuhan kejam Chris Watts pada hujung bulan September ini. Dokumentari yang berjudul American Murder: The Family Next Door akan memaparkan kisah sebenar perjalanan hidup Chris Watts bersama mendiang isterinya iaitu Shannan.

    Selain itu, dokumentari ini juga akan akan menayangkan arkib kes termasuklah hantaran media sosial, teks mesej, rakaman siasatan pihak berkuasa dan lain-lain rakaman yang tidak pernah ditayangkan kepada umum. 

    Terdahulu, kes pembunuhan kejam Chris Watts ini mendapat liputan meluas dunia selepas Chris yang mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dilaporkan telah mencekik Shannan di dalam bilik tidur iaitu betul-betul di depan mata Bella (4 tahun) dan Celeste (3 tahun). Lagi menyedihkan, Shannan pada waktu itu sedang hamil 15 minggu anak lelaki mereka yang bakal dinamakan sebagai Nico. Selepas Shannan dibunuh, mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam trak. Chris seterusnya memandu trak tersebut ke tempat kerjanya dengan membawa sekali Bella dan Celeste. Apabila sampai di lokasi, Chris yang menarik mayat Shannan keluar dari trak tiba-tiba ditegur oleh salah seorang daripada anaknya,

    "Ayah nak buat apa dekat ibu?" 

    Selain itu iaitu pada saat-saat akhir hidup mereka, Bella yang melihat Chris sedang menekup muka Celeste sempat lagi untuk bertanya, 

    "Adakah nasib saya akan menjadi seperti Cece (Celeste)? 

    Mayat Bella dan Celeste kemudian dibuang ke dalam tangki minyak manakala mayat Shanann pula ditanam di kawasan yang sama. 

    Chris Watts yang kini berada di dalam penjara untuk seumur hidup masih lagi dihantui dengan bayangan mendiang isteri iaitu Shannan dan dua orang anaknya itu. 

    Nota : Kisah penuh pembunuhan kejam Chris Watts ini boleh juga dibaca di sini.

Catat Ulasan for "Dokumentari Netflix Tentang Kisah Chris Watts Bakal Menyusul. "