Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KEADILAN UNTUK SONYA & FRANK GREGORIO

Frank sedang tersenyum melihat ibunya, Sonya

    MANILA, Filipina – Seorang anggota polis yang bertugas di bandar Paranague telah menyerah diri kepada pihak polis selepas menembak mati dua orang jirannya yang juga merupakan pasangan ibu dan anak. Video kejadian tembakan itu kini tular di media sosial.

    Berdasarkan siasatan awal mendapati suspek yang dikenali sebagai Koperal Jonel Nuezca yang berusia 46 tahun telah pergi ke perkarangan rumah mangsa selepas dikatakan berasa terganggu dengan bunyi tembakan meriam di kawasan berkenaan. Di situ, berlaku pertengkaran antara suspek dengan Frank Anthony Gregorio (25 tahun) serta ibunya iaitu Sonya Gregorio (52 tahun). Walau bagaimanapun, masih tidak dipastikan samada suspek atau Frank yang mula mencetuskan provokasi. Selain itu, mereka turut dikatakan bertikam lidah berhubung dengan isu hak tanah.

Insiden pergaduhan

    Menerusi video insiden kejadian tembakan tersebut, Sonya dilihat sedang cuba menenangkan Frank yang sedang mabuk itu dengan cara pelukan. Apa yang berlaku kemudian adalah anak perempuan Jonel yang turut serta dalam pertengkaran itu tiba-tiba menjerit,

    “Just shut up! My father is a policeman!”

    Sonya membalas,

    “ I don’t care!”

    Mendengar jawapan tersebut, Jonel terus melepaskan das tembakan tepat pada bahagian kepala Sonya dan Frank sebelum dia meninggalkan kawasan kejadian dengan menaiki motosikal. Sementara itu, media sosial kini dibanjiri dengan tanda pagar #justiceforsonya&frankgregorio. Para netizen juga telah mengecam dan mengutuk keras tindakan anak Jonel yang begitu melampau dalam video kejadian. 

Suspek

3 ulasan for "KEADILAN UNTUK SONYA & FRANK GREGORIO"

  1. Pembunuh mreka Wajib d hukum mati..si ibu x melakukan ape² die hany mau manenangkn keadaan..tpi d bunuh..si pembunuh yg telalu lembik mngikut kate anak yg msih seorg budak..

    BalasPadam
  2. Sebagai anggota polis tidak wajar dia melakukan perkara tersebut..semoga Tuhan permudahkan segala urusan keluarga mangsa..semoga suspek menerima hukuman yang setimpal.. pangkat & harta bukan segala galanya & pangkat bukan jaminan untuk kta menindas masyarakat..😇🙏

    BalasPadam
  3. Salam semua saya ingin menggunakan medium ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Doktor Wayne Curl
    DOCTORWAYNECURL@OUTLOOK.COM daripada hospital pakar venkata india yang
    hospital membeli buah pinggang saya pada kadar $805,000USD yang mereka bayar saya separuh masa pertama
    bayaran $403,000 sebelum mereka menghantar pakar perubatan mereka untuk datang dan memilih
    saya dari negara saya ke India saudara-saudara hospital adalah yang membayar
    untuk perbelanjaan perjalanan saya dan mereka menjaga saya dengan baik dan merawat saya
    sangat baik saya berharap ada tempat saya boleh menunjukkan kepada anda semua bahagian dalam badan saya
    jika satu buah pinggang telah mengambil daripada sistem saya, saya akan melampirkannya
    sepanjang luka telah selesai dan ia tidak sakit selepas pembedahan itu
    apabila mereka membayar saya baki saya sebanyak $402,000 dan menerbangkan saya pulang ke negara saya.
    Saya sememangnya berterima kasih kepada Hospital Pakar Venkata kerana membeli buah pinggang saya
    dan membawa saya jauh dari masalah kewangan saya sekarang saya hidup bahagia
    dengan 2 anak saya dan kami gembira.
    Berikut ialah Hospital Pakar Venkata Hubungi DOCTORWAYNECURL@OUTLOOK.COM atau
    P.O Box 27 NewDelhi India
    nak jual buah pinggang atau organ sendiri salam hormat

    BalasPadam