Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

IBU HAMIL LAPAN BULAN MAUT, PERUT DIBELAH DUA!

Pamella Ferreira Andrade Martins (Kredit : Newsflash)

    BRAZIL – Mayat seorang wanita hamil lapan bulan telah ditemui mati dalam keadaan mengerikan di rumahnya yang terletak di Nova Holanda. Identiti mangsa dikenalpasti sebagai Pamella Ferreira Andrade Martins, 21 tahun. Menerusi laporan media tempatan, mayat Pamella ditemui dalam bilik air dengan keadaan perut terbelah dua oleh pihak polis yang telah memecah masuk pintu rumahnya. Berdasarkan siasatan awal mendapati Pamella dibelasah dan dipukul dengan begitu teruk oleh suspek sebelum dikunci di dalam bilik air. Dia seterusnya dibunuh dengan kejam di mana perutnya dibelah dua. Suspek kemudian melarikan diri dengan membawa lari seklaali bayi Pamella.

Kredit : Newsflash

    Berkenaan dengan suspek, dia sudah pun berjaya ditangkap. Buat masa sekarang, suspek wanita yang berusia 22 tahun itu belum didedahkan lagi identitinya. Penangkapan terhadapnya dibuat di hospital selepas dia dilaporkan membawa mayat seorang bayi lelaki bersamanya. Suspek telah memberitahu doktor bahawa dia baru sahaja melahirkan bayi lelaki tersebut. Tambah suspek lagi, dia kemudian jatuh tergelincir di tangga bersama bayi lelaki itu. Hasil pemeriksaan perubatan bagaimanapun mengesahkan suspek tidak pernah hamil. Selain itu, pihak polis ada menemui sebilah pisau yang disyaki sebagai senjata pembunuhan dalam tas tangan suspek. Seperkara lagi, suspek dilaporkan ada bersama mangsa pada sehari sebelum kejadian.

    Pihak keluarga Pamella telah memberitahu pihak polis bahawa suspek adalah seorang yang sangat terdesak untuk memiliki anak dan sanggup melakukan apa cara sekalipun bagi mendapatkan anak. Pamella pula sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Siasatan lanjut sedang dilakukan dengan pihak polis masih lagi dalam proses mengenalpasti punca sebenar kematian bayi lelaki tersebut. 

Catat Ulasan for "IBU HAMIL LAPAN BULAN MAUT, PERUT DIBELAH DUA!"