KISAH HANG MIOKU : Padah Obses dengan Pembedahan Plastik
![]() |
| Hang Mioku |
Hang Mioku ialah seorang wanita Korea Selatan yang pernah memiliki rupa paras yang dianggap menarik pada era 1980-an. Pada usia mudanya, Hang aktif sebagai penyanyi dan model sambilan. Namun di sebalik semua itu, Hang menyimpan rasa tidak yakin terhadap penampilan dirinya. Keinginan untuk kelihatan lebih sempurna membuatkan dia mula menjalani pembedahan kosmetik. Bermula dari situlah kehidupannya berubah secara perlahan-lahan.
Pembedahan pertama yang dijalani Hang berlaku ketika dia berusia 28 tahun. Prosedur itu hanya melibatkan pembetulan kecil tetapi hasilnya membuatkan dia semakin yakin bahawa wajahnya boleh diperbaiki lagi. Lama-kelamaan, Hang mula menjalani lebih banyak rawatan sehingga ia bertukar menjadi kebiasaan yang sukar dihentikan. Ketika Hang berpindah ke Jepun untuk meneruskan kerjaya, keadaannya semakin teruk kerana dia menemui lebih banyak klinik yang sanggup melayan permintaannya. Setiap pembedahan baharu menjadikan wajahnya semakin berubah. Walau bagaimanapun, Hang tetap percaya bahawa dia masih belum mencapai kecantikan yang diinginkannya.
![]() |

Hang menyuntik silikon tersebut ke wajahnya di rumah tanpa sebarang pengawasan pakar. Apabila stok silikon itu habis, dia mula bertindak di luar batas kewarasan. Dalam usaha untuk mengekalkan kecantikan yang dikejarnya, Hang menyuntik minyak masak ke wajahnya sebagai pengganti silikon. Suntikan tersebut menyebabkan wajahnya membengkak dengan cepat, kulitnya mengeras dan keseluruhan strukturnya berubah secara drastik. Pada masa singkat, wajah Hang menjadi cacat sehingga sukar dikenali oleh sesiapa termasuk ahli keluarganya sendiri.
Perubahan fizikal ini memberi kesan besar kepada kehidupan harian Hang. Dia tidak lagi berani keluar rumah kerana sering menerima pandangan pelik dan komen hina daripada orang sekeliling. Wajahnya yang membesar tidak sekata menyebabkan orang awam berasa takut atau terkejut apabila melihatnya. Hang mula terasing dan hilang keyakinan diri lalu menyebabkan hidupnya bergerak semakin jauh daripada keadaan normal.

Kisahnya akhirnya mendapat perhatian media Korea Selatan. Orang ramai terkejut apabila mengetahui bahawa Hang menyuntik minyak masak ke wajahnya sendiri kerana ketagihan pembedahan kosmetik. Simpati umum telah membawa kepada kutipan dana bagi membiayai pembedahan pemulihan. Dalam beberapa prosedur yang dijalankan, doktor berjaya mengeluarkan sejumlah besar bahan asing daripada wajah dan lehernya. Walaupun keadaan wajahnya bertambah baik selepas pembedahan, kerosakan yang dialami terlalu parah sehingga tidak dapat diperbetulkan sepenuhnya.
Selepas melalui semua pengalaman itu, Hang memilih untuk hidup secara sederhana dan jauh daripada perhatian umum. Dia pernah bekerja di sebuah kedai amal kecil, cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baharunya yakni Walaupun wajahnya kekal dengan kesan kecacatan, Hang akhirnya menerima nasib hidupnya dan tidak lagi terlibat dalam sebarang bentuk pembedahan kosmetik.


Catat Ulasan for "KISAH HANG MIOKU : Padah Obses dengan Pembedahan Plastik"