Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM CHRISTINA GRIMMIE


    Christina Victoria Grimmie dilahirkan pada 12 Mac 1994 bertempat di Evesham Township, Amerika Syarikat. Dia yang mempunyai seorang abang merupakan anak kepada pasangan suami isteri yang bernama Albert Grimmie dan Tina. Christina dikatakan sudah berbakat dalam bidang nyanyian dan bermain piano sejak dia dari kecil lagi. 

    Bagi menyerlahkan bakat nyanyiannya, Christina telah memulakan siaran Youtube sendiri pada tahun 2009 dengan menggunakan nama zeldaxlove64 di mana waktu itu dia baru berusia 15 tahun. Selepas mendapat tempat kedua pertandingan MyYouTube pada tahun 2011, nama Christina semakin menonjol dalam industri muzik Amerika Syarikat hingga pada akhirnya dia mendapat peluang untuk menjayakan beberapa konsert bersama dengan Selena Gomez. Christina kemudian melancarkan albumnya sebanyak dua kali iaitu Find Me (2011) dan With Love (2013). Kedua-dua album tersebut ternyata telah mendapat sambutan hangat daripada peminatnya.


    Populariti Christina semakin melonjak apabila dia menyertai rancangan realiti popular Amerika Syarikat, The Voice musim keenam. Sewaktu sesi “Blind Audition”, Christina yang menyanyikan lagu Wrecking Ball dendangan asal Miley Cyrus telah berjaya memikat hati semua juri ketika itu iaitu Adam Levine, Usher, Shakira dan Blake Shelton. Selepas memilih Adam Levine sebagai mentornya, Christina mengakhiri pertandingan nyanyian tersebut di tempat ketiga. 

    Pada 10 Jun 2016, Christina telah mengadakan konsert bersama kumpulan Before You Exit di Plaza Live, Orlando, Florida. Sebaik tamat konsert, Christina terus mengadakan sesi autograf bersama peminat dengan ditemani oleh abangnya yang bernama Marcus Grimmie. Sewaktu sesi autograf itu, Christina telah melayan para peminatnya dengan begitu baik serta ramah sekali. Hinggalah satu ketika, seorang peminat lelaki mendekati Christina. Apa yang berlaku kemudian benar-benar mengejutkan apabila Christina tiba-tiba ditembak oleh lelaki berkenaan dengan empat das tembakan. Selepas tembakan tersebut, Marcus sempat untuk merebahkan penembak itu. Namun malang sekali apabila si penembak berjaya melepaskan diri sebelum membunuh diri dengan cara tembakan. Sementara itu, Christina yang dikejarkan ke hospital telah disahkan meninggal dunia pada usianya 22 tahun. 

Kevin James Loibl

    Mengenai penembak tersebut, identitinya dikenalpasti sebagai Kevin James Loibl. Kevin adalah seorang lelaki introvert berusia 27 tahun yang gemar untuk menghabiskan masa di dalam bilik tidur dengan bermain permainan video. Berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, Kevin tiada mengalami sebarang penyakit mental tetapi mempunyai obses berlebihan terhadap Christina. Harus diketahui, Kevin pada sebelumnya tidak pernah meminati mana-mana wanita hinggalah pada satu hari dia telah menemui video Christina di laman Youtube. Sejak itu, Kevin yang semakin obses telah mengikut segala perkembangan Christina pada setiap masa. Malah Kevin yang berasa tercabar dengan ejekan rakan sekerja tentang keobsesannya sanggup melakukan pembedahan lasik mata, penanaman rambut, pemutihan gigi dan menghilangkan berat badan dengan harapan untuk berketerampilan lebih menarik supaya dapat memikat Christina. Kevin bagaimanapun dikatakan menjadi naik angin selepas mendapat tahu tentang hubungan percintaan Christina bersama seorang penerbit yang dikenali sebagai Stephen Rezza. Jadi, berkemungkinan besar itu adalah penyebab utama yang memaksa Kevin bertindak di luar kawalan. 

    Majlis pengkebumian Christine telah diadakan secara privasi pada 16 Jun 2016 dengan kos pengkebumian ditanggung sepenuhnya oleh Adam Levine.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM CHRISTINA GRIMMIE"