Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SAAYA SUZUKI

Charles Thomas Ikanega


IKLAN




YOUR FAVORITE 3 FLAVOUR COOKIES 🍪🍪🍪🍪🍪 BY DOUBLE HUNGRY.

1) Chocolate Chip Cookies coated with melted Callebaut 

2) Blackout Cookies coated with melted white choc Callebaut

3) Chocolate Chip cookies coated with melted Callebaut + premium Mint Flavour. 

Our COOKIES 🍪🍫 :

-100% using pure butter
-melted with chocolate CALLEBAUT
- baked using premium ingredients
- Cookies baked 💯 by DH team (Muslim Bakers)
- weight : 600ml ( 330-35gm)
- RM27 /pax

Agent Ayuni (Melaka)


TAMAT IKLAN


Saaya Suzuki

    Pada tahun 2011, seorang gadis remaja berusia 16 tahun bernama Saaya Suzuki telah mula berkenalan dengan seorang lelaki yang tua tiga tahun daripadanya iaitu Charles Thomas Ikenaga menerusi laman akaun media sosial Facebook. Saaya dikatakan sebagai seorang gadis cantik yang berbakat dalam bidang lakonan serta fasih berbahasa Inggeris. Sementara itu, Charles pula adalah anak kacukan Jepun dan Filipina yang sangat meminati Anime.

    Sewaktu awal perkenalan mereka berdua, Charles yang berasal dari Kyoto ada membuat pengakuan terhadap Saaya bahawa dia merupakan seorang pelajar di sebuah universiti. Hakikat sebenar, Charles tidak pernah bergelar sebagai pelajar universiti. Tidak dapat dipastikan pekerjaan sebenar Charles, namun ada sumber yang mendakwa bahawa dia bekerja sebagai seorang pemandu trak. Diringkaskan ceritanya, Charles dan Saaya kemudian menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Setiap kali pergi bertemu dengan Saaya, Charles harus menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer dari Kyoto dengan menaiki bas. Walau bagaimanapun, hubungan mereka berdua hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan selepas Saaya akhirnya tekad untuk memutuskan perhubungan. Saaya dikatakan membuat keputusan tersebut selepas mendapat tahu mengenai pembohongan bersiri yang dibuat Charles kepadanya.

Charles bersama Saaya

    Ternyata, Charles tidak dapat menerima alasan perpisahan itu dengan baik. Dia telah menghantar ratusan mesej dan e-mel kepada Saaya merayu supaya mereka berdua kembali bersama. Salah satu mesej yang dihantar Charles, dia memberitahu bahawa Saaya tidak akan dapat dimiliki oleh orang lain selain daripada dirinya sendiri. Apabila semua mesejnya langsung tidak berbalas, Charles yang semakin marah mula melakukan ugutan untuk membunuh Saaya. Tak cukup dengan itu, Charles juga  mengugut untuk menyebarkan gambar bogel yang pernah dihantar oleh Saaya dalam internet. Perkara ini telah menyebabkan Saaya bertindak untuk menyekat nombor telefon dan semua aplikasi media sosial milik Charles.

    Charles yang masih tidak berpuas hati sanggup berhenti kerja bagi memulakan aktiviti menghendap Saaya. Charles akan menunggu di sekitar kawasan rumah Saaya sebelum mengekori bekas kekasihnya itu untuk sepanjang hari. Adakalanya, Charles akan pergi ke tempat yang sering dikunjungi oleh Saaya. Sama seperti sebelumnya, Sayaa tetap menolak rayuan Charles untuk kembali bersama. Hati Saaya sudah tertutup sepenuhnya. Tiada peluang kedua buat Charles.

    Disebabkan berasa bimbang dengan soal keselamatannya, Saaya telah meminta pendapat daripada pengetua di sekolahnya mengenai aktiviti menghendap yang dilakukan Charles. Pengetua tersebut kemudian memberi cadangan kepada Saaya agar membuat laporan polis. Jadi pada 8 Oktober 2013, Saaya telah pergi ke balai polis bersama dengan kedua-dua orang tuanya. Selepas aduan dibuat, pihak polis memberitahu bahawa perkara pertama yang boleh mereka lakukan mengikut prosedur siasatan adalah memberi amaran lisan kepada Charles. Jika gangguan masih berterusan, barulah tindakan selanjutnya bakal menyusul. Pada hari itu, pihak polis gagal untuk menghubungi Charles. Lokasi Charles juga gagal dikesan sama sekali memandangkan status tempat tinggalnya yang tidak diketahui.

    Pada tarikh yang sama iaitu bersamaan dengan jam 4.30 petang, Saaya yang sudah berusia 18 tahun waktu tersebut terus pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan. Setibanya di rumah, Saaya yang bersendirian telah dihubungi oleh pihak polis. Perbualan telefon yang berdurasi kira-kira 20 minit itu dibuat bertujuan bagi memastikan Saaya berada dalam keadaan selamat. Sebaik menamatkan panggilan telefon tersebut, Saaya telah diserang oleh Charles yang sebelum itu bersembunyi di dalam sebuah almari rumahnya. Saaya yang ditikam dengan pisau pada bahagian lengan dan perut berjaya melarikan diri hingga ke luar rumah. Bagaimanapun, Saaya dapat dikejar semula oleh Charles lalu menerima tikaman lain pula pada bahagian lehernya. Salah seorang jiran Saaya yang menjadi saksi kejadian tersebut bergegas untuk menghubungi pihak berkuasa. Saaya seterusnya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Umur Saaya bagaimanapun tidak berpanjangan apabila dia telah disahkan meninggal dunia akibat kekurangan darah. Pihak polis kemudian tidak mengambil masa yang lama untuk menangkap Charles yang dikesan berada di sebuah lokasi yang terletak kira-kira 600 meter dari rumah Saaya. Dia membuat pengakuan tentang pembunuhan Saaya yang telah dilakukannya. Seperkara lagi yang perlu diketahui yakni selepas kejadian pembunuhan itu, Charles sempat memuatnaik gambar bogel Saaya di internet.

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes pada tahun 2015, Charles yang didapati bersalah membunuh Saaya menerima hukuman penjara selama 22 tahun. Charles langsung tidak menyesal dan menolak untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga Saaya. 

1 ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SAAYA SUZUKI "