Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH MARINA BALMASHEVA : Anak Tiriku itu Suamiku

Marina dan Alexey (kiri), Marina dan Vladimir (kanan)

    Pada tahun 2020, nama Marina Balmasheva (35 tahun) yakni seorang Blogger dan juga pempengaruh Instagram dari Rusia mula menjadi perhatian selepas dia mencetuskan satu kontroversi yang telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Kontroversi itu timbul selepas Marina membuat pengumuman di laman Instagram tentang kehamilannya hasil hubungan bersama dengan seorang lelaki yang bernama Vladimir Shavyrin (20 tahun). Susulan berita kehamilan Marina yang kontroversi tersebut, jumlah pengikut Instagram Marina telah naik dengan mendadak daripada 400 ribu bertukar kepada angka 500 ribu orang pengikut. Apa yang pasti, ramai para netizen berasa begitu geram dengan Marina hingga wanita itu disuruh untuk mencari lelaki lain.

    Jadi, apa sebenarnya yang berlaku hingga menyebabkan nama Marina tular di internet? Vladimir merupakan anak tiri kepada Marina merangkap anak kandung kepada suami Marina waktu sebelumnya iaitu Alexey Shavyrin (45 tahun). Dalam erti kata lain, Alexey telah menjadi mangsa pengkhianatan oleh isteri dan anaknya sendiri. Sukar untuk Alexey terima kenyataan dengan perkara tersebut. Perasaannya bercampur baur, kecewa dan marah kerana ikatan tangga selama 10 tahun yang dibina bersama Marina hancur begitu saja. Alexey dan Marina telah berkahwin pada tahun 2007 di mana Vladimir tinggal sekali bersama dengan mereka. Marina yang digelar warga Rusia sebagai ibu paling tidak bermoral mengaku sudah jatuh cinta kepada Vladimir sejak anak Alexey itu berumur 7 tahun . Alexey percaya bahawa Vladimir telah digoda oleh Marina. Bagi Alexey, mana mungkin Vladimir yang masih kecil boleh menggoda Marina yang tua 15 tahun daripadanya.

Marina dan Vladimir

    Berkenaan dengan Marina, dia ada memberitahu bahawa dirinya langsung tidak pernah pun mencintai Alexey. Cinta Marina hanya untuk Vladimir. Seperkara yang harus diketahui, Marina yang sebelum ini berbadan gempal telah sanggup untuk menjalani pembedahan buang lemak dan suntikan Botox pada bahagian wajah supaya dia sentiasa kelihatan menarik di depan mata Vladimir. Selepas Marina sah bercerai dengan Alexey, dia akhirnya mengahwini Vladimir pada bulan Julai 2020. Majlis perkahwinan mereka berdua yang diadakan secara sederhana tersebut tidak dihadiri oleh Alexey.

    Walaupun Marina dikecam secara berterusan, Marina yang hidup bersama Vladimir selamat melahirkan anak pertama mereka pada bulan Januari 2021 lepas. Sementara itu, Alexey kini dilaporkan masih lagi tinggal dengan lima orang anak angkatnya yang pernah dijaga bersama Marina pada sebelum ini.

Catat Ulasan for "KISAH MARINA BALMASHEVA : Anak Tiriku itu Suamiku"