Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA KAHWINI BEKAS TEMAN LELAKI PENYIMBAH ASID

    TURKI – Mengejutkan apabila seorang wanita mengahwini lelaki yang telah menyimbah asid pada mukanya hingga menyebabkan dia hampir menjadi buta penuh dan mengalami kecacatan kekal. Wanita yang kini berusia 20 tahun itu dikenali sebagai Berfin Ozek (20 tahun) manakala suaminya pula Casim Ozan Celtik (23 tahun). Kejadian simbahan asid tersebut berlaku pada tahun 2019 selepas hubungan mereka berdua putus. Kata Casim pada waktu itu, jika dia tidak boleh memiliki Berfin maka orang lain juga tidak akan dapat memiliki Berfin.

    Tidak lama selepas menyerang Berfin, Casim pun terus ditangkap oleh pihak polis. Namun apa yang berlaku kemudian, Berfin telah menggugurkan dakwaan kerana berjaya dipujuk oleh oleh Casim. Berfin bagaimanapun memfailkan semula proses dakwaan berikutan tindakannya menerima semula cinta daripada Casim mendapat kecaman orang ramai di laman media sosial. Perkara ini sekaligus telah menyebabkan Casim dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun dan 6 bulan. Disebabkan terdapat beberapa perubahan undang-undang akibat Covid-19, maka Casim dibebaskan lebih awal dari penjara yakni diletakkan di bawah proses percubaan.

    Sejurus selepas pembebasannya, Casim terus melamar Berfin untuk berkahwin di mana lamaran perkahwinan tersebut telah diterima oleh Berfin. Menerusi salah satu foto yang tersebar di internet, Casim dan Berfin dilihat sama-sama tersenyum semasa proses menandatangi dokumen rasmi perkahwinan mereka. Bapa Berfin dilaporkan enggan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya itu kerana benar-benar berasa kecewa. Seperkara harus diketahui, bapa Berfin sebelum ini telah banyak menghabiskan masa untuk berjuang bagi berjuang menuntut keadilan buat Berfin. Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam, perkahwinan Casim dan Berfin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan status hukum penjara tertuduh.

    Tindakan Berfin yang sudi untuk menjadi isteri kepada Casim ternyata telah dikritik ramai pihak. Antara kritikan itu bertulis,

    “Jika aku ditanya tentang siapa manusia yang paling bodoh di dunia ini, aku akan menamakan wanita ini. Silap haribulan, kulit wanita ini akan disiat oleh lelaki itu.”

    “Kemaafan yang diberi wanita ini tidak patut melindungi lelaki itu daripada menerima hukuman. Perkahwinan ini mungkin hanya boleh sekadar boleh bertahan selama sebulan atau dua bulan dan wanita ini akan melalui semula keganasan yang dia pernah lalui."

Catat Ulasan for "WANITA KAHWINI BEKAS TEMAN LELAKI PENYIMBAH ASID"