Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KAMBING BIRI-BIRI DIPENJARAKAN 3 TAHUN ATAS KESALAHAN MEMBUNUH

    SUDAN – Seekor kambing biri-biri jantan telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun selepas didapati bersalah menanduk seorang wanita hingga menyebabkan kematian. Keputusan hukuman ini diputuskan oleh pemimpin setempat dengan kambing biri-biri itu akan menjalani hukuman tersebut di dalam penjara kem tentera sebagai sebahagian daripada hukuman.

    Menerusi laporan daripada media, mangsa yang dikenal pasti sebagai Adhieu Chaping (45 tahun) sebelum ini maut akibat ditanduk secara berulang kali oleh kambing biri-biru itu pada bahagian dadanya. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua polis di lokasi kejadian kepada stesen Radio Eye di Sudan,

    “Serangan kambing tersebut telah terkena pada bahagian rusuk wanita tersebut sekaligus mengakibatkannya mati serta-merta di lokasi kejadian.”

    Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan bahawa kedua-dua pihak yang terlibat dalam kes ini sudah pun bersetuju di mana keluarga mangsa akan menerima lima ekor lembu daripada pemilik kambing biri-biri sebagai bayaran pampasan. Persetujuan itu dibuat berdasarkan perjanjian bertulis dengan ketua penduduk telah dilantik untuk menjadi saksi. Mengikut undang-undang tempatan di sana, kambing biri-biri tersebut akan diserahkan kepada keluarga mangsa sejurus selepas pembebasan kambing biri-biri itu kelak. 

Catat Ulasan for "KAMBING BIRI-BIRI DIPENJARAKAN 3 TAHUN ATAS KESALAHAN MEMBUNUH"