Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JOHNNY DEPP BUKA AKAUN RASMI TIKTOK, RAIH JUTAAN PENGIKUT DALAM MASA BEBERAPA JAM

    Selepas hampir seminggu memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya iaitu Amber Heard, Johnny Depp telah membuka akaun rasmi Tiktok. Pembukaan akaun Tiktok itu adalah sebagai tanda ucapan terima kasih dan penghargaan kepada peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepadanya sejak dari hari pertama perbicaraan. Pelakon yang kini berusia 58 tahun tersebut telah memuat naik video pertamanya di laman Tiktok itu dengan durasi 30 saat pada hari Selasa (7/6/2022).

    Menerusi keterangan pada video yang ditonton sebanyak 200 000 kali hanya pada beberapa minit selepas dimuat naik tersebut,

    “Kepada semua penyokong saya yang sangat dihargai, setia dan tidak berbelah bagi. Kita dah harungi semuanya bersama. Kita dah lakukan perkara yang betul secara bersama, semuanya kerana anda mengambil berat. Dan sekarang, kita akan terus maju ke depan bersama. Sekali lagi, saya tidak tahu bagaimana ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua melainkan dengan hanya ucapan terima kasih. Jadi, terima kasih. Salam sayang dan hormat, JD (Johnny Depp).

    Hingga setakat artikel ini ditulis, video pertama Tiktok Johnny Depp tersebut kini sudah meraih sebanyak 11.6 juta tontonan dan akaun berkenaan pula diikuti seramai 7.1 juta pengguna Tiktok. Sementara itu, Camilla Vasquez yakni peguam wanita yang mewakili Johnny Depp sebelum ini telah dinaikkan pangkat di syarikat firma guamannya. Kenaikan pangkat tersebut adalah susulan kejayaan Camilla sebagai kunci utama kemenangan Johnny Depp dalam kes saman terhadap Amber Heard. Berhubung respon Amber Heard mengenai video Tiktok Johnny Depp tersebut, dia mendakwa bahawa hak kaum wanita kini semakin mundur ke belakang.

Catat Ulasan for "JOHNNY DEPP BUKA AKAUN RASMI TIKTOK, RAIH JUTAAN PENGIKUT DALAM MASA BEBERAPA JAM"