Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA KAHWINI LELAKI PATUNG LAHIRKAN ANAK PATUNG

    BRAZIL – Dek kerana masih lagi tidak mempunyai teman lelaki, seorang wanita bernama Meirivone Rocha Moraes yang berusia 37 tahun akhirnya berkahwin dengan patung ciptaan ibunya. Lebih mengejutkan, Meirivone turut mempunyai anak yakni juga anak patung hasil hubungan dengan patung tersebut.

    Cinta yang terjalin antara Meirivone dengan patung yang dinamakan sebagai Marcelo itu merupakan cinta merupakan pandang pertama. Beberapa bulan selepas menjalinkan hubungan, Meirivone telah “mengandungkan” anak Marcelo. Disebabkan itu, Meirivone pun membuat keputusan untuk mengahwini Marcelo. Majlis perkahwinan tersebut telah dihadiri sekitar 250 orang tetamu. Kata Meirivone tentang perkahwinannya,

“Perkahwinan ini betul-betul bermakna untuk saya. Kehidupan rumah tangga bersama dengan Marcelo sangat indah. Dia adalah seorang suami yang hebat dan setia. Kami tidak pernah bergaduh, dia begitu memahami dan tidak pernah sekalipun melawan. Marcelo merupakan lelaki sejati dan ramai wanita yang berasa iri hati kepada saya kerana telah menjadi isterinya.

    “Saat kali pertama ibu saya memperkenalkannya dengan saya, saya terus jatuh cinta kepadanya. Cinta pandang pertama. Lagipun saya ingin pergi menari akan tetapi tiada pasangan dan tiba-tiba dia muncul. Perkara ini memang masuk akal. Marcelo memiliki banyak kelebihan, cuma satu-satunya kekurangan yang ada pada dirinya adalah sikap malasnya. Namun tiada masalah tentang perkara itu kerana saya akan melakukan apa jua demi kebahagiaan hubungan kami.”

    Mengenai anak Meirivone, “anak patung” tersebut dilahirkan pada 21 Mei 2022 lepas yakni pada beberapa bulan selepas perkahwinannya. Anak patung itu telah diberikan nama sebagai Marcelinho. Bercerita tentang kelahiran Marcelinho,

    “Ya, Marcelo yang telah menghamilkan saya. Dia tidak menggunakan sarung kondom. Sebaik saya disahkan positif hamil, saya benar-benar berasa gembira. Semasa bersalin, saya tidak merasakan sebarang rasa kontraksi dan Marcelo telah menemani saya di bilik persalinan tersebut selama 35 minit. Dia seorang lelaki yang sangat hebat.”

    Proses kelahiran Marcelinho yang melibatkan doktor dan jururawat itu turut ditayangkan secara penstriman langsung yang telah ditonton oleh seramai 200 orang penonton.

1 ulasan for "WANITA KAHWINI LELAKI PATUNG LAHIRKAN ANAK PATUNG"

  1. penat2 mak ngandung 9 bulan,ikot muka bapak pulak 🙄

    BalasPadam