Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH YANG XINHAI : Pembunuh Bersiri Paling Gila di China

    Yang Xinhai atau turut dikenali dengan nama Yang Zhiya dan Yang Liu adalah seorang pembunuh bersiri dari negara China yang dipercayai telah melakukan 67 kes pembunuhan dan 23 kes rogol iaitu dari tahun 1999 hingga 2003. Yang Xinhai yang mendapat jolokan nama sebagai “Monster Killer” turut digelar sebagai pembunuh bersiri paling prolifik yang pernah wujud di China.

    Setakat yang diketahui tentang sejarah hidup Yang Xinhai, dia dilahirkan pada tahun 1968 di wilayah Henan. Yang Xinhai juga merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat pintar akan tetapi bersifat introvert.  Sewaktu Yang Xinhai 17 tahun, dia telah diberhentikan persekolahannya atas sebab yang tidak untuk dipastikan. Perkara tersebut sekaligus menyebabkan Yang Xinhai tidak pernah lagi untuk pulang ke rumah keluarganya sebelum bekerja di sektor buruh. Tidak lama selepas itu, Yang Xinhai telah dipenjarakan selama tiga tahun yakni dari tahun 1988 hingga 1991 atas kesalahan mencuri. Lima tahun kemudian, Yang Xinhai sekali lagi dipenjarakan atas pertuduhan cubaan merogol seorang wanita. Yang Xinhai kembali dibebaskan pada tahun 1999. Maka bermulalah episod pembunuhan berantai Yang Xinhai.

    Modus operandi pembunuhan Yang Xinhai adalah dengan mennyelinap masukke dalam rumah mangsanya. Mangsa yang dipillih secara rawak akan dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh. Dalam sesetengah kes, Yang Xinhai membunuh mangsa sekeluarga tanpa sebarang rasa belas kasihan dengan menggunakan peralatan seperti kapak, tukul dan penyodok.  Dia tidak mempedulikan rayuan mangsa tidak kiralah samada mangsanya itu adalah orang tua ataupun kanak-kanak. Menerusi satu kes serangan Yang Xinhai pada bulan Oktober 2002, seorang mangsa wanita hamil yang dirogolnya telah terselamat akan tetapi mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala. Setiap kali selepas Yang Xinhai selesai melakukan pembunuhan, dia kebiasaannya akan memakai pakaian baru serta pada masa sama menggunakan kasut yang bersaiz besar. Tidak jelas mengenai punca Yang Xinhai berpakaian sedemikian.

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan pengakhiran nasib Yang Xinhai yang tidak dapat untuk menyembunyikan diri buat selama-lamanya. Yang Xinhai telah ditangkap oleh pihak polis pada 3 November 2003 di sebuah pusat hiburan yang terletak di Cangzhou, Hanbei. Penangkapan itu dibuat susulan aksi Yang Xinhai yang begitu mencurigakan pada mata polis. Sesudah dibawa ke balai polis, pihak polis telah mengesahkan bahawa Yang Xinhai yang berusia 37 tahun pada waktu tersebut merupakan individu paling dikehendaki untuk kes pembunuhan yang berlaku di beberapa wilayah. Rentetan daripada perkara itu, Yang Xinhai akhirnya membuka mulut untuk membuat pengakuan tentang kes pembunuhan berantai yang dia lakukan. DNA Yang Xinhai juga didapati sepadan dengan kesan DNA yang telah ditemui di beberapa buah lokasi kejadian pembunuhan.

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Yang Xinhai yang didapati bersalah melakukan siri pembunuhan berantai telah dijatuhkkan hukuman mati. Yang Xinhai menjalani hukuman mati itu pada tarikh 14 Februari 2004 di mana dia ditembak oleh pasukan penembak. Motif semua pembunuhan Yang Xinhai? Perkara ini tidak dapat untuk dipastikan kerana tiada sebarang pendedahan yang pernah dibuat Yang Xinhai. Walau bagaimanapun, ada pihak mendakwa Yang Xinhai menjadi seorang pembunuh akibat ditinggalkan oleh teman wanitanya. Ada juga laporan yang mengatakan Yang Xinhai membunuh demi keseronokan diri sendiri.

Catat Ulasan for "KISAH YANG XINHAI : Pembunuh Bersiri Paling Gila di China"