Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH MISTERI KEHILANGAN SIERRA LAMAR


IKLAN

PJJ CLASS UNICORN PUFF! PROMOSI DILANJUTKAN!

Belajar buat Unicorn Puff melalui Private Group di FB! Bayar sekali je, tapi boleh akses tanpa limit!








Berminat nak join, klik link Whatsapp ni....http://www.wasap.my/60134746838/unicornpuff/pjj/jack . Diskaun sebanyak RM20 untuk pembaca blog Jack Lester! Jadi cuma perlu bayar yuran pendaftaran RM50 sahaja!

   

TAMAT IKLAN



    Kes ini berlaku pada tahun 2012 bertempat di kawasan Morgan Hill, California. Tahun itu, Sierra Lamar merupakan seorang gadis remaja berusia 15 tahun yang tinggal bersama dengan ibunya. Dia yang juga merupakan ahli pasukan penyorak di sekolahnya digambarkan sebagai seorang gadis yang baik, periang dan sentiasa berfikiran positif. Dalam erti kata lain juga, Sierra bukanlah pelajar sekolah yang bermasalah sama sekali.

    Kisah sebenar bagaimanapun bermula pada 16 Mac 2012 di mana hari tersebut Sierra keluar dari rumah pada sekitar jam 7.15 untuk pergi ke sekolah seperti kebiasaannya. Petang hari yang sama, ibu Sierra yang dikenali sebagai Marlene terus pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja. Setibanya di rumah, Marlene mendapati Sierra tidak berada di rumah. Marlene mula berasa risau kerana waktu sebelum itu dia sudah pun menghubungi Sierra berkali-kali namun langsung tidak berjawab. Rentetan daripada perkara tersebut, Marlene telah pergi ke sekolah Sierra. Alangkah terkejutnya Marlene apabila dia diberitahu bahawa Sierra pada hari itu tidak hadir ke sekolah. Enggan berlengah, Marlene terus membuat laporan polis tentang kehilangan Sierra.

    Berdasarkan siasatan awal yang pihak polis jalankan, Sierra didapati tidak pernah sampai ke stesen bas pada hari kejadian. Jadi berkemungkinan besar ada sesuatu yang berlaku kepada Sierra semasa dia dalam perjalanan menuju ke stesen bas tersebut. Pihak polis telah melancarkan operasi pencarian Sierra yang turut disertai oleh anggota sukarelawan. Keesokan harinya yakni pada 17 Mac, telefon milik Sierra telah ditemui di salah satu kawasan pencarian. Sehari selepas penemuan telefon itu, pasukan pencarian berjaya menemui sebuah beg hitam kepunyaan Sierra yang mengandungi pakaian dan kasutnya. Pakaian Sierra yang dalam kotor tersebut memberi petanda bahawa dia telah diheret oleh seseorang. Pemeriksaan lanjut telah mengesan DNA orang asing pada pakaian Sierra itu.

    Hasil pemeriksaan saintifik, DNA pada pakaian Sierra tersebut disahkan milik seorang lelaki berusia 21 tahun yang dikenal pasti sebagai Antolin Garcia-Torres. Dia yang kemudian ditangkap oleh pihak polis dilaporkan tinggal kira-kira 11 kilometer dari stesen bas yang ingin dituju oleh Sierra pada hari kejadian. Menurut keterangan awal daripada Antolin, dia mendakwa dirinya telah pergi memancing bersendirian pada waktu kejadian. Walau bagaimanapun, keterangan Antonin ini tidak dapat untuk disahihkan. Dalam kereta Antonin, terdapat helaian rambut Sierra dan juga kesan cap carinya. Selain itu, Antolin juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau iaitu pernah melakukan serangan serta cubaan menculik selain berhubungan seks dengan remaja di bawah umur.

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes mahkaman pada tahun 2017, Antolin didapati bersalah atas dakwaan melakukan penculikan serta pembunuhan walaupun dia sebelum itu membuat pengakuan tidak bersalah. Antolin telah dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur hidup tanpa sebarang peluang parol. Hingga pada hari ini, Antolin masih lagi kekal dengan pendirian bahawa dia tidak pernah mengenali Sierra apatah lagi untuk membunuh gadis tersebut. Soal lokasi sebenar mayat Sierra termasuk bagaimana caranya dibunuh, semua itu masih lagi kekal sebagai satu misteri. Mungkinkah misteri kehilangan jua Sierra ini akan terungkap satu hari nanti? Apa yang pasti, jawapan untuk persoalan tersebut adalah sama ada ya atau tidak. 

Catat Ulasan for " KISAH MISTERI KEHILANGAN SIERRA LAMAR"