Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JANDA CANTIK MATI DIBUNUH JIRAN SENDIRI

    INDONESIA – Seorang janda cantik berusia 24 tahun telah mati dibunuh bersama dengan seorang anak lelakinya yang berusia 4 tahun. Kejadian pembunuhan yang dilaporkan berlaku pada pagi 14 Disember 2022 ini dilaporkan berlaku di rumah mangsa sendiri yakni terletak di Langkat, Sumatera Utara. Identiti wanita janda itu dikenal pasti sebagai Karmila Simatupang manakala anak lelakinya pula bernama Radit.

    Menerusi laporan daripada media tempatan Indonesia, mayat Karmila dan Radit telah ditemui di atas katil bilik tidur mereka. Penemuan mayat itu adalah hasil daripada pemeriksaan salah seorang jiran berdekatan setelah dia berasa curiga dengan Karmila yang langsung tidak keluar dari rumahnya pada hari kejadian. Jiran tersebut pada mulanya cuba membuka pintu masuk rumah Karmila. Namun selepas pintu itu didapati berkunci dari dalam, jiran itu pun pergi mengintai dari luar tingkap bilik tidur rumah tersebut sebelum dia melihat Karmila dan Radit terbaring dalam keadaan kaku. Si jiran itu yang berasa terkejut terus bergegas memecah masuk pintu rumah Karmila. Sesudah berbuat sedemikian, dia segera pergi memeriksa Karmila dan Radit yang ternyata sudah pun meninggal dunia.

    Berdasarkan siasatan yang pihak polis jalankan, kedua-dua mangsa yang hanya tinggal berdua di rumah tersebut dipercayai mati akibat dicekik. Beberapa barangan peribadi seperti telefon pintar dan motosikal milik Karmila telah hilang. Hasil maklumat serta keterangan daripada saksi yang pihak polis perolehi, mereka tidak memerlukan masa lama untuk menjejaki dan menangkap suspek. Penangkapan terhadap suspek yang dikenali sebagai Rahmat atau Memet itu dibuat pada beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa. Rahmat merupakan jiran kepada mangsa. Difahamkan buat masa sekarang, pembunuhan dua anak-beranak tersebut disyaki bermotifkan rompakan. Kes bagaimanapun masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis dengan sebarang perincian atau perkembangan akan dimaklumkan kemudian.                                                                             

Catat Ulasan for "JANDA CANTIK MATI DIBUNUH JIRAN SENDIRI"