Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH DI SEBALIK “MEME BRIAN PEPPERS” YANG MENAKUTKAN

    Pernah mendengar nama Brian Peppers? Namanya terkenal dalam dunia “meme” kerana meme wajahnya yang begitu menakutkan. Brian adalah seorang pengidap sindrom Apert yang pernah dipenjarakan pada tahun 1998 susulan didapati bersalah melakukan jenayah seksual. Wajahnya telah dijadikan sebagai meme tidak lama setelah foto rasminya disiarkan secara rasmi oleh pihak Pendakwa Raya Ohio. Meme Brian Peppers ini dilihat menyeramkan untuk sesetengah orang. Ada juga mereka berasa bahawa meme Brian Peppers adalah satu benda yang menyeramkan. Semestinya ada antara mereka yang bersimpati dengan nasib Brian Peppers kerana wajahnya telah diperlakukan sedemikian rupa. 

    Tentang latar belakang Brian, dia dilahirkan pada 1 November 1968 di Toledo, Ohio, Amerika Syarikat. Brian dikatakan mempunyai seorang abang yang bernama Allen Peppers. Walau bagaimanapun, sejauh mana kebenaran identiti Allen dan hubungannya dengan Brian tidak pernah dapat untuk dipastikan. Ada pihak mendakwa bahawa Brian telah sengaja ditinggalkan oleh ibu bapanya di depan pintu rumah seorang wanita sewaktu dia masih bayi. Ibu bapanya dipercayai meninggalkan Brian disebabkan penyakit sindrom Apert yang dialaminya itu. Sindrom Apert adalah satu gangguan genetik di mana tulang tengkorak tertentu bercantum awal sekaligus menyebabkan tengkorak tidak berkembang dengan normal hingga mempengaruhi bentuk kepala dan muka bayi.

    Brian kemudian telah dijaga oleh wanita yang menemuinya itu. Cuma apa yang menyedihkan tentang zaman kanak-kanak Brian, dia bukan saja tidak mempunyai kawan malah kerap menjadi mangsa buli disebabkan kekurangan yang ada pada dirinya. Brian begitu benci dibenci oleh mereka yang berada di sekelilingnya. Lama-kelamaan yakni sewaktu Brian semakin menginjak usia dewasa, tingkah lakunya menjadi ganas serta pada masa sama sering melakukan perkara tidak senonoh seperti melakukan onani tidak kira sama ada di depan wanita dewasa atau pun kanak-kanak perempuan. Sampai satu masa, Brian mengalami kemurungan kerana telah ditinggalkan oleh ibu angkatnya yang sudah lagi tidak tahan dengan perangainya. Brian benar-benar berasa sedih kerana tiada sesiapa pun yang mempedulikannya.

    Hinggalah pada akhirnya, Brian telah dihukum penjara selama 30 hari dan dikenakan hukuman pemantauan dalam tempoh 5 tahun kerana didapati bersalah mencabul seorang jururawat wanita yang ditugaskan untuk menjaganya. Brian juga disyaki melakukan sentuhan seksual terhadap seorang wanita lain. Nama Brian turut disenarai hitam sebagai pesalah laku seksual di Ohio.

    Seperkara harus diketahui, populariti meme Brian ini bermula daripada laman sesawang hiburan internet iaitu YTMND (You're the Man Now, Dog). Brian dilaporkan telah meninggal pada tahun 2012 akibat masalah kemorosotan kesihatannya yang disebabkan masalah ketagihan alkohol. Brian yang diyakini tidak pernah berkahwin tersebut  menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 44 tahun. 

Catat Ulasan for "KISAH DI SEBALIK “MEME BRIAN PEPPERS” YANG MENAKUTKAN"