Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI SUNTIK BEKAS ISTERI DENGAN DARAH HIV

    INDIA – Seorang lelaki dilaporkan telah menyuntik bekas isterinya dengan darah HIV. Lelaki tersebut berbuat sedemikian kerana bekas isterinya itu enggan untuk kembali ke pangkuannya. Kejadian ini berlaku di Surat, Gujarat, India.

    Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, lelaki yang dikenal pasti sebagai Shankar Kamble tersebut memberitahu bahawa darah HIV yang dia gunakan tersebut adalah darah HIV yang diperolehinya dari sebuah hospital. Jelas Shankar lagi tentang caranya mendapatkan darah HIV itu, dia telah pergi ke wad bahagian HIV. Di situ, Shankar telah mengambil darah salah seorang pesakit HIV. Shankar kemudian mengajak bekas isterinya untuk pergi ke sebuah kawasan terpencil. Kerja-kerja suntikan tersebut dibuat sewaktu bekas isterinya itu pengsan.

    Shankar dan bekas isterinya itu dikatakan telah bercerai pada dua bulan lepas. Bekas isteri Shankar yang kini sedang dirawat di hospital akan menjalani ujian perubatan susulan pada beberapa bulan akan datang.

Catat Ulasan for "LELAKI SUNTIK BEKAS ISTERI DENGAN DARAH HIV"