Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PENANGKAPAN SEKUMPULAN PEMBUNUH BERSIRI YANG MENGGEGARKAN INDONESIA


    Kisah kematian tiga orang sekeluarga di Bekasi, Indonesia pada 12 Januari 2023 lalu kini menjadi tular di laman media sosial. Laporan media tempatan Indonesia sebelum ini menyebut ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat keracunan selepas meminum kopi. Namun selepas siasatan secara lebih terperinci dijalankan, mereka bertiga disahkan sebagai mangsa pembunuhan bersiri oleh sekumpulan pembunuh bersiri yang diketuai oleh salah seorang daripada suami mangsa. Perkara ini bermaksud semua mangsa tersebut telah diracun. Mangsa dikenali sebagai Ai Maimunah, 40 (tahun) dan dua anak lelakinya iaitu Ridwan Abdul Muiz (23 tahun) dan Muhammad Riswandi (17 tahun). Ridwan dan Riswandi merupakan anak Ai hasil perkahwinnya yang terdahulu. 


    Berdasarkan maklumat serta bukti yang pihak polis temui termasuklah penemuan sisa-sisa pembungkus racun perosak di lokasi yang dipercayai sebagai racun untuk digunakan meracun mangsa telah membawa kepada penangkapan tiga orang lelaki pertengahan usia. Mereka adalah Wowon Erawan atau Aki yakni suami serta bapa tiri kepada mangsa, Solihin atau Dulah dan Muhammad Dede Solehudin. Difahamkan Dede yang juga merupakan adik kepada Wowon dinamakan sebagai suspek setelah lakonannya meminum kopi beracun tidak menjadi sekaligus membongkar segala-galanya. 
Siasatan lanjut pihak polis juga mendapati kes kematian Maimunah dan dua orangnya ini adalah kes pembunuhan bersiri. Hingga setakat ini, pihak polis mempercayai jumlah sebenar mangsa yang dibunuh oleh suspek adalah seramai sembilan orang di mana kebanyakan pembunuhan tersebut berlaku di Cianjur,  Jawa Barat. Namun juga satu mayat mangsa yang dibuang ke laut akan tetapi sudah pun ditemui semula di Garut. 

Beli di Shopee : https://shope.ee/500nBgOe2a


Beli di Shopee : https://shope.ee/5Ux3lTB94C





Kredit Foto : Tribun

    Modus operandi suspek adalah melakukan penipuan wang dengan memperdayakan mangsa untuk mendapatkan kekayaan dengan cara cepat menerusi kuasa ilmu hitam. Suspek bagaimanapun akan membunuh mangsa setelah rahsia sebenar mereka terbongkar. Sementara itu, Maimunah dan anak-anaknya terkorban gara-gara Wowon berasa terancam susulan rahsia gelapnya sebagai pembunuh bersiri telah diketahui oleh keluarga berkenaan. Kes dilaporkan masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis. 

Catat Ulasan for "PENANGKAPAN SEKUMPULAN PEMBUNUH BERSIRI YANG MENGGEGARKAN INDONESIA"