Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PASANGAN PENGEMBARA DISERANG, WANITA DIROGOL

    INDIA - Pasangan pengembara motosikal berkuasa tinggi dari Sepanyol telah mengalami detik mengerikan apabila diserang secara ganas oleh sekumpulan lelaki. Lebih malang, wanita pengembara itu dirogol secara bergilir-gilir.

    Media melaporkan pasangan pengembara tersebut yang dikenali sebagai Vicente dan Fernanda itu melakukan pengembaraan ke serata dunia dengan menaiki motosikal. Difahamkan pasangan yang turut memiliki lebih daripada 140 000 orang pengikut di laman Instagram tersebut dalam siri penjelajahan benua Asia Selatan sejak dari lima bulan yang lepas.

    Hinggalah pada baru-baru ini yakni sewaktu Vicente dan Fernanda dalam perjalanan menuju ke Nepal, mereka berdua telah berhenti di Dumka di mana pasangan itu berkhemah semalaman di kawasan berkenaan. Sekumpulan lelaki kemudian menyerang Vicente dan Fernanda.

    Menerusi video yang dimuat naik ke Instagram, pasangan itu muncul dengan kesan lebam pada wajah masing-masing. Kedua-dua mereka mula menangis sewaktu menceritakan pengalaman ngeri mereka itu dalam bahasa Sepanyol.

    "Sesuatu telah berlaku kepada kami yang tidak kami kehendaki pada sesiapa pun," kata Fernanda dalam video itu. "Tujuh orang lelaki telah merogol saya, mereka telah memukul dan merompak kami." Tambah Fernanda lagi, tidak banyak pun barangan mereka yang dicuri kerana apa yang kumpulan penyerang tersebut mahukan adalah untuk merogolnya.

    Sementara itu, Vicente yang mengalami kecederaan teruk pada bahagian bibir mendakwa telah dipukul pada bahagian kepala dengan batu dan topi keledar secara berkali-kali

    Dalam satu keterangan daripada pihak polis, Fernanda telah pergi ke sebuah van peronda pada sekitar jam 11 malam sebelum dia dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Hingga setakat ini, pihak polis telah berjaya menangkap tiga orang suspek. Kes masih lagi dalam siasatan. 

Catat Ulasan for "PASANGAN PENGEMBARA DISERANG, WANITA DIROGOL "