Kisah Pembunuhan Kejam Dr. Shanty Hastuti


     Kabupaten Gayo Lues, Aceh dikejutkan dengan satu kejadian menyayat hati yang menimpa seorang pegawai perubatan yang sangat berdedikasi, Dr. Shanty Hastuti. Sambutan Aidilfitri yang sepatutnya menjadi detik kegembiraan buat keluarga bertukar menjadi suasana pilu apabila doktor umum yang bertugas di Puskesmas Pining itu ditemui maut dalam keadaan yang sangat tragis di kediamannya di Desa Raklunung pada Sabtu, 21 Mac 2026.

     Kisah hiba ini bermula apabila adik kandung mangsa, Norman datang ke rumah tersebut kira-kira jam 10:55 pagi untuk menziarahi kakaknya sempena hari raya. Setibanya di sana, dia mendapati pintu belakang rumah terbuka sedikir dengan panggilannya tidak bersahut. Bau busuk yang menusuk hidung dari tingkat atas membawa Norman ke bilik tidur utama yang berkunci dari luar. Alangkah luluhnya hati si adik apabila mendapati kakaknya terbujur kaku di atas katil dalam keadaan mayat yang sudah mula mereput. Mangsa ditemui dengan tangan terikat ke belakang menggunakan kabel elektrik manakala mulutnya disumbat dengan kain tudung hitam.


     Berdasarkan siasatan awal forensik, Dr. Shanty dipercayai telah meninggal dunia kira-kira 10 hari sebelum ditemui. Hal ini bermakna Dr. Shanty menemui ajalnya ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan akhir menyambut hari lebaran. Kali terakhir mangsa dilihat adalah pada 28 Februari 2026 ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan sekolahnya di Blangkejeren. Rakan-rakan Dr. Shanty tidak mengesyaki apa-apa apabila mangsa gagal dihubungi selepas itu kerana menyangkanya telah pulang bertugas di kawasan pedalaman.

      Kecekapan pihak polis Resor membuahkan hasil apabila mereka berjaya memberkas seorang lelaki berinisial FA (31 tahun) dalam tempoh kurang 48 jam pada 24 Mac 2026. Apa yang lebih mengejutkan, FA bukan sahaja merupakan jiran mangsa bahkan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan keluarga doktor tersebut. Kecurigaan pihak keluarga terhadap FA sejak awal lagi ternyata berasas apabila polis menemui bukti-bukti kukuh yang mengaitkannya dengan kejadian tersebut.


     Hasil soal siasat mendedahkan bahawa kejadian berlaku pada waktu sahur yakni sekitar jam 4:00 pagi. Suspek menceroboh masuk ke rumah mangsa di mana dua mengumpil tingkap menggunakan pemutar skru dengan niat asal untuk mencuri bagi menampung masalah kewangan. Walau bagaimanapun, pergerakan suspek di tingkat atas telah menyebabkan langsir pintu berbunyi dan mengejutkan mangsa daripada tidur. Disebabkan panik kerana mangsa menjerit meminta tolong, FA bertindak agresif dengan menerkam dan mencekik leher mangsa sehingga sesak nafas. Bagi memastikan mangsa tidak lagi bersuara, suspek menyumbat mulut mangsa dengan kain sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. 

     Selepas melakukan pembunuhan kejam itu, FA melarikan diri ke Kota Cane dengan membawa motosikal, komputer riba dan beberapa barangan kemas milik mangsa. Suspek malah sempat kembali semula ke rumah mangsa beberapa hari kemudian untuk mencuri satu lagi komputer riba dari bahagian klinik mangsa kerana menyangka perbuatannya belum dihidu sesiapa. Motif utama pembunuhan ini disahkan berpunca daripada tekanan ekonomi. Walaupun suspek mendakwa tindakannya itu adalah khilaf atau tidak disengajakan, cara mangsa diperlakukan menunjukkan unsur kekerasan yang melampau.


     FA kini berhadapan dengan pertuduhan berat di bawah Pasal 365 ayat (3) KUHP (Pencurian dengan Kekerasan yang mengakibatkan kematian) serta kemungkinan pasal pembunuhan berencana jika terbukti ada persediaan awal.Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun, penjara seumur hidup atau hukuman mati bergantung kepada penilaian mahkamah terhadap tahap kekejaman jenayah tersebut. 

Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Dr. Shanty Hastuti "