Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

With my children, always together.

Kapsyen : With my children, always together. 

    Gambar di Instagram lelaki ini pada baru-baru ini menunjukkan dia sedang berswafoto bersama dua orang anaknya yang juga merupakan pasangan kembar. Mereka bertiga yang sedang dalam percutian kelihatan benar-benar menikmati percutian tersebut. Menyedihkan apabila gambar ini sebenarnya diambil pada beberapa jam sebelum mayat tiga anak beranak itu ditemui. 

    Mario Bressi (45 tahun) dipercayai telah membunuh anak-anaknya iaitu Elena dan Diego sewaktu mereka sedang tidur. Elena mati dicekik manakala Diego pula ditekup dengan bantal. Selepas melakukan pembunuhan itu, Mario kemudian bertindak terjun dari jambatan yang berdekatan dengan tempat penginapan percutian mereka. 

    Pada waktu sebelum itu, Mario juga sempat untuk menghantar teks WhatsApp kepada isterinya iaitu Daniela Fumagalli dengan memberitahu bahawa Daniela tidak akan pernah lagi untuk berjumpa dengan anak-anak mereka. 

    Meskipun masalah rumah tangga yang dialami oleh Mario dan Daniela sudah pun berlanjutan selama dua tahun lamanya, Mario dilaporkan tidak pernah menunjukkan sebarang kelakuan yang ganas.

Catat Ulasan for "With my children, always together. "