Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH COLLEEN STAN : Diculik Menjadi Hamba Seks Selama 7 Tahun

Colleen Stan - Youtube

    Pada 19 Mei 1977, seorang gadis muda berusia 20 tahun yang bernama Colleen Stan telah pergi menuju ke California secara hitchhiking untuk menyambut majlis hari jadi kawannya. Semasa dalam perjalanan tersebut, Colleen tiba-tiba saja didekati oleh sebuah van biru yang dipandu oleh pasangan suami isteri iaitu Cameroon Hooker (23 tahun) dan Janice (19 tahun). Pasangan suami isteri itu menawarkan untuk memberi tumpangan kenderaan kepada Colleen. 

    Pada mulanya, Colleen agak ragu-ragu dengan tawaran tersebut. Namun selepas melihat ada seorang bayi turut bersama pasangan tersebut, maka Colleen pun bersetuju untuk menaiki van itu. Satu keputusan yang pasti akan dikesali oleh Colleen untuk seumur hidupnya.

    Perjalanan Colleen bertukar menjadi mimpi ngeri apabila van yang dipandu Cameroon telah melencong ke sebuah kawasan terpencil. Leher Colleen kemudian diacu dengan pisau manakala tangan pula diikat sebelum dia dimasukkan ke dalam sebuah peti kayu. 

Cameroon dan Janice

    Colleen seterusnya dikurung di bilik bawah tanah rumah Cameroon. Di situlah dia dirogol, dibelasah, disebat, dan dicederakan dengan renjatan elektrik. Selepas didera, Colleen telah dipaksa untuk melihat sendiri hubungan seks yang dilakukan Cameroon dan Janice. 

    Sewaktu dalam tempoh beberapa awal penculikannya, hidup Colleen sangat derita dengan dia terpaksa berbaring kepanasan selama 23 jam sehari di dalam peti kayu yang saiznya menyamai saiz keranda. Dalam keadaan sedemikian, Colleen hanya diberi makan kentang atau sandwic sekali sehari dan pispot sebagai tandas. Keadaan itu berlanjutan sehingga tahun 1978 di mana Colleen telah dipaksa untuk menandatangi satu kontrak yang memaksanya untuk menjadi hamba seumur hidup. Pada masa yang sama, Cameroon juga memberitahu bahawa setiap pergerakan Colleen sentiasa dipantau oleh satu sindiket jenayah berbahaya yang dinamakan sebagai The Company.

    Selepas menandatangi kontrak hamba itu, Colleen telah diberikan sedikit kebebasan. Dia dibenarkan untuk keluar dari peti kayu selama sejam untuk mengemas dan membersihkan rumah Cameroon. Bagi mengelakkan daripada menerima sebarang hukuman, Colleen terpaksa rela untuk melakukan apa-apa sahaja perkara demi memuaskan nafsu Cameroon. Disebabkan itu, kebebasan yang diberikan kepada Colleen dilonggarkan sedikit demi sedikit. Malah, dia diberikan pelepasan untuk menjaga dua orang anak Cameroon, pergi berjoging, dan melakukan kerja-kerja di sekitar halaman rumah. Colleen sebenarnya mempunyai beberapa peluang keemasan untuk melarikan diri, namun dia enggan berbuat sedemikian kerana sentiasa dibayangi oleh The Company. Biarpun telah diberi banyak kebebasan, Colleen tetap dijadikan sebagai hamba seks secara berterusan. 

Cameroon dan Colleen

     Pada tahun 1981, Colleen akhirnya telah diberikan peluang untuk melepaskan rindu bersama keluarga tercinta dengan ditemani oleh Cameroon yang bertindak menyamar sebagai teman lelakinya. Menerusi pertemuan tersebut, Colleen yang dalam keadaan tidak terurus enggan menceritakan perkara sebenar biarpun keluarganya beranggapan bahawa dia telah menyertai ajaran kultus.

    Kemuncak sebenar berlaku menjelang tahun 1983 apabila Colleen dilepaskan dari peti kayu untuk menjalani aktiviti seperti manusia normal. Ini termasuklah untuk mendapatkan pekerjaan. Pada waktu ini, Cameroon telah menyuarakan hasrat untuk menjadikan Colleen sebagai isteri keduanya sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati Janice yang turut pernah menjadi mangsa penderaan Cameroon. Mengikut perjanjian asal antara mereka berdua, Cameroon hanya dibenarkan untuk menjadikan mangsa culik sebagai hamba dan tidak boleh melakukan hubungan seks.

    Maka pada bulan Ogos 1984, Janice membuat keputusan untuk memberitahu perkara sebenar kepada Colleen. Kata Janice, Cameroon tiada kena mengena dengan "The Company". Kesempatan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Colleen yang sempat lagi menelefon Cameroon untuk memberitahu bahawa dia telah melarikan diri. Sebaik Cameroon mendengar akan hal tersebut, dia terus menangis seesak-esaknya.

    Selepas berjaya melarikan diri, Colleen langsung tidak pernah menghubungi pihak polis. Sebaliknya, dia kerap berhubung dengan Cameroon agar bekas penculiknya itu berubah. Namun, Cameroon tertangkap akhirnya atas laporan polis yang dibuat oleh Janice.

    Cameroon pada mulanya didakwa atas kesalahan menculik, mendera dan membunuh Marie Elizabeth Spannhake yang telah hilang setahun sebelum penculikan Colleen. Bagaimanapun, ekoran tiada penemuan mayat serta kekurangan bukti, maka dakwaan terhadap Cameroon tidak dapat diteruskan.

    Berbalik semula dengan kes Colleen Stan, Cameroon yang akhirnya didapati bersalah atas kesalahan menculik dan serangan seksual telah dijatuhkan hukuman penjara selama 104 tahun. Pada perkembangan lain, permohonan parolnya pada tahun 2015 telah ditolak. Sementara itu, Janice pula tidak didakwa kerana telah memberikan keterangan dalam kes pendakwaan terhadap suaminya. Dia kini yang telah menukar namanya menetap di California.

Colleen Stan kini

    Sama seperti Janice, Colleen juga menukar nama dan menetap di California. Penculikannya tidak memaksa Colleen untuk mengecapi nikmat kejayaan dalam hidup. Dia yang telah berkahwin berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang perakaunan. Selain itu, Colleen aktif terlibat dalam membantu perempuan lain yang menjadi mangsa penderaan.

Trailer filem televisyen berdasarkan kisah Colleen Stan yang berjudul Girl in the box (2016)

1 ulasan for "KISAH COLLEEN STAN : Diculik Menjadi Hamba Seks Selama 7 Tahun"