Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN AMINAH DAN SARAH SAID : Si Bapa Tembak Mati Anak Kandung Sendiri

    Kisah pembunuhan Aminah dan Sarah Said ini adalah mengisahkan tentang dua adik beradik yang telah mati akibat ditembak oleh bapa kandung mereka sendiri. Motif sebenar pembunuhan tersebut agak kurang jelas. Namun, ramai pihak yang berpendapat bahawa si bapa begitu marah kerana anak-anak perempuannya itu lebih memilih gaya hidup barat berbanding mengamalkan budaya Arab. Jadi anak-anaknya itu mesti dibunuh sebagai "honour killing". 


    Yaser Abdel Said merupakan warganegara Mesir yang menetap di Amerika Syarikat. Dia telah berkahwin dengan Patricia yang beranutan agama Kristian. Ikatan perkahwinan itu terjalin sewaktu Yaser berumur 29 tahun, manakala Patricia pula 15 tahun. Jadi, jarak umur antara mereka adalah 14 tahun. Pada mulanya, keluarga Patricia tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut dengan mengambil kira faktor usia Patricia yang masih muda. Namun, perkahwinan itu tetap diteruskan jua memandangkan Yaser adalah seorang yang manis mulutnya.

    Pada awal perkahwinan, Yaser dan Patricia hidup sangat bahagia. Bagaimanapun selepas tujuh bulan kemudian, Yaser telah mula menunjukkan belangnya yang sebenar. Rupa-rupanya dia adalah seorang yang sangat panas baran, kaki dera kaki dera dan kaki pukul. Akibatnya, Patricia sering menjadi mangsa amukan Yaser. Selain itu, Yaser juga mempunyai ramai wanita simpanan. Seperkara lagi, Yaser merupakan seorang yang sangat anti Amerika. 


    Menerusi perkahwinan Yaser dan Patricia, mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Si lelaki bernama Islam (lahir tahun 1988), manakala perempuan pula diberikan nama sebagai Aminah (lahir tahun 1989) dan Sarah (lahir tahun 1990).

    Aminah dan Sarah yang sangat rapat begitu saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Kedua-dua mereka bukan saja mempunyai paras rupa yang cantik bakan juga bijak dan popular. Sarah dilihat berpewatakan tomboi dan agak pendiam. Jika berbual sekalipun, Sarah lebih suka untuk mengulas benda berilmiah. Meskipun Aminah dan Sarah dibesarkan Yaser dengan cara hidup sebagai orang Arab, namun hakikatnya jiwa mereka lebih cenderung kepada budaya Amerika.

    Berkenaan dengan Yaser, boleh dikatakan dia bukanlah seorang bapa yang baik. Yaser seorang yang sangat psiko, garang, gatal, pukul, cabul, dera, mengongkong dan lain-lain lagi perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar bapa. Sewaktu zaman Aminah dan Sarah masih kecil, mereka pernah membuat laporan polis tentang pencabulan yang dilakukan oleh Yaser. Namun, laporan tersebut ditarik balik oleh Aminah dan Sarah atas sebab yang tidak diketahui. Berkemungkinan besar mereka berdua sebenarnya telah diugut oleh Yaser. 

    Sepanjang hidup Aminah dan Sarah, mereka berdua dikongkong ketat dengan segala pergerakan aktiviti harian mereka dipantau ketat oleh Yaser. Mereka berdua dilarang untuk berkawan dengan mana-mana lelaki. Apatah laci untuk menjalinkan hubungan percintaan. Disebabkan itu, telefon bimbit serta komputer milik Aminah dan Sarah sering diperiksa oleh Yaser. Malah, Yaser juga kerap mengintip Aminah dan Sarah dengan menggunakan kamera video tidak kira samada di dalam mahupun di luar rumah. Semua ini dilakukan berikutan Yaser yang sudah pun mempunyai hasrat untuk mengahwinkan anak-anaknya itu kepada saudara-mara terdekat mereka di Mesir. Pada masa yang sama, Yaser juga mempunyai perangai keji iaitu seakan bernafsu terhadap Aminah dan Said dengan merakam video tubuh badan anak-anak kandungnya itu. 


    Tanpa Yasser sedari, Aminah sebenarnya ada menjalinkan hubungan percintaan secara diam-diam dengan seorang lelaki yang bernama Joseph Moreno. Hubungan percintaan tersebut direstui sendiri oleh ibu Joseph. Aminah dan Joseph saling berhubung melalui telefon bimbit dengan menggunakan kod rahsia sebagai teks komunikasi mereka. 

    Satu hari, malang tidak berbau apabila bubungan Joseph dan Aminah telah diketahui oleh Yaser. Perkara ini terjadi selepas Yaser menemui surat cinta mereka di rumah rumah. Yaser yang telah mengamuk sanggup untuk berpindah rumah bagi memisahkan hubungan antara Aminah dan Joseph. Bagaimanapun, Aminah dan Joseph tetap berhubung secara rahsia melalui telefon dan kiriman surat. 

    Aminah dan Sarah yang pada kemudiannya sudah tidak tahan dengan perangai Yaser telah tekad untuk melarikan diri dari rumah bagi menjalani satu kehidupan yang baru tanpa bapa mereka. Jadi, Aminah, Sarah dan Patricia akhirnya menyewa sebuah apartment tanpa pengetahuan Yaser. Mereka turut menukar nombor telefon bagi mengelakkan daripada dihubungi Yaser. Yaser yang tidak berputus asa untuk mencari keluarganya itu telah pergi berjumpa dengan keluarga mentuanya. Apabila Patricia mendapat tahu tentang perkara itu, maka dia pun bertindak menelefon semula Yaser. 

    Pada sehari sebelum tahun baru 2008 menjelma, Patricia telah mengajak Aminah dan Sarah untuk pergi ke rumah saudara mereka yang terletak di Texas. Sarah yang berasa berat hati telah bersetuju untuk mengekori ibunya, manakala Aminah pula menolak sama sekali. Mereka berdua yang seolah-olah dapat membaca fikiran Patricia pada akhirnya terpaksa akur untuk pergi. 

    Ternyata apa yang difikirkan oleh Aminah dan Sarah memang benar-benar terjadi. Mereka berdua bukan dibawa pergi ke Texas, sebaliknya didesak oleh Patricia untuk pergi untuk berjumpa dengan Yaser. Kata Patricia ketika itu bahawa Yaser sudah memaafkan kesalahan mereka. Aminah tetap berdegil enggan untuk berjumpa dengan bapanya.


    Pada 1 Januari 2008, Yaser telah pergi menjemput Aminah dan Sarah dengan teksi. Yaser seterusnya memujuk mereka berdua untuk pergi menemaninya makan. Aminah dan Sarah akhirnya termakan jua dengan pujukan itu. Pada mulanya, Patricia ingin turut serta sekali tetapi telah dihalang oleh Yaser. 

    Apa yang terjadi selepas itu adalah betul-betul mengejutkan. Aminah dan Sarah bukan dibawa untuk pergi makan, tetapi ditembak dalam teksi tersebut. Dengarkan sendiri video audio di bawah iaitu pada saat-saat akhir Sarah membuat panggilan kecemasan.


    Selepas menembak mati Aminah dan Sarah, Yaser telah bertindak untuk menghilangkan diri. Meskipun ada beberapa laporan yang mendakwa melihat Yaser memandu teksi di sekitar New York, dia masih gagal untuk ditemui hingga pada hari ni. Kini, Yaser Abdel Said merupakan salah seorang daripada sepuluh individu buruan yang paling dikehendaki oleh pihak FBI.

Kemas kini : Yaser berjaya ditangkap oleh pihak FBI pada bulan Ogos 2020.

Catat Komen for "KISAH PEMBUNUHAN AMINAH DAN SARAH SAID : Si Bapa Tembak Mati Anak Kandung Sendiri"