Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PHROGGING : Penceroboh yang Tinggal di Rumah Orang


    Pernah mendengar istilah PhroggingSecara ringkasnya, phrogging bermaksud penceroboh yang tinggal di sesebuah rumah tanpa disedari oleh tuan rumah. Sebagai contoh, bayangkanlah satu situasi di mana anda sedang berada di rumah samada secara berseorangan mahupun bersama keluarga. Sewaktu menonton televisyen atau bermain telefon, anda rasa seperti sedang diperhatikan oleh seseorang. Kadang-kadang makanan di bawah tudung saji atau dalam peti sejuk sering hilang tanpa sebab. Ada masanya juga, barang peribadi milik anda bergerak ke tempat lain dengan misteri. Tanpa disangka, semua itu adalah angkara penceroboh jenis phrogging ini.

    Ada satu kisah benar berlaku di Jepun pada tahun 2008 iaitu mengisahkan tentang seorang lelaki berusia 57 tahun yang tinggal bersendirian di sebuah rumah jenis apartment. Diringkaskan cerita yakni pada satu hari, lelaki itu mula mengalami peristiwa yang benar-benar mengganggu perasaannya. Manakan tidak, minuman dan makanan dalam peti sejuknya sering kali hilang secara misteri. Selain itu, lantai bilik mandinya juga kerap dalam keadaan basah menandakan seakan ada seseorang yang baru saja selesai mandi di situ.  Dia berasa begitu pelik bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku sedangkan tingkap dan pintu rumahnya sentiasa berkunci. Peristiwa aneh berkenaan berlaku secara berterusan.

    Beberapa bulan berikutnya, lelaki tersebut akhirnya tekad untuk menyiasat perkara yang sebenar. Apa yang dia lakukan adalah dengan memasang kamera litar tertutup di dalam rumahnya. Tidak lama selepas itu, barulah perkara sebenar yang terbongkar. Melalui pemeriksaan kamera litar tertutup tersebut dari tempat kerjanya, lelaki itu mendapati ada seorang wanita yang telah mengambil makanan dalam peti sejuk rumahnya. Wanita tersebut kemudian duduk di atas sofa ruang tamu sambil menonton televisyen. Selesai menonton televisyen, wanita itu bertindak untuk mengemas ruang tamu. Tanpa berlengah, lelaki tersebut terus bertindak untuk menghubungi pihak polis kerana menyangka wanita berkenaan adalah seorang pencuri.

Link Shopee : https://shope.ee/A9mgsENV2c

    Berdasarkan pemeriksaan awal selepas ketibaan pihak polis di lokasi kejadian, mereka mendapati tiada sebarang unsur jenayah seperti rompakan yang berlaku. Namun setelah pemeriksaan susulan dijalankan, pihak polis akhirnya menemui seorang wanita tinggal di bahagian atas dalam sebuah almari yang dia telah ubah suai menjadi tempat tinggalnya. Wanita yang dikenal pasti sebagai Tatsuko Horikawa itu merupakan seorang wanita gelandangan berusia 58 tahun. Tatsuko mengaku sudah tinggal di apartment tersebut lebih dari setahun iaitu sejak dari hari pertama lelaki itu terlupa untuk mengunci pintu masuk. Seperkara lagi, Tatsuko yang dikatakan sebagai seorang pembersih tidak pernah mencuri wang mahupun mana-mana wang berharga milik lelaki tersebut. Dia cuma menjadikan apartment itu sebagai tempat tinggalnya. Wanita terbabit kemudian terus ditahan oleh pihak polis atas kesalahan menceroboh.

    Ada satu lagi kisah seperti ini, boleh dibaca di sini Pesanan ringkas, pastikan tingkap dan pintu rumah korang sentiasa berkunci. Mungkin jarang atau tidak akan pernah berlaku terhadap kita semua, tapi tidak mustahil perkara sebegini boleh juga terjadi. Akhir sekali sebagai info tambahan, antara filem berkonsepkan Phrogging yang boleh ditonton adalah Sleep Tight (2011), The Intruders (2015), Within (2016), Door Lock (2018), I See You (2019) dan Parasite (2019).

Catat Ulasan for "PHROGGING : Penceroboh yang Tinggal di Rumah Orang"