Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BAYI BERUSIA 2 HARI MAUT DITIKAM


    India – Seorang bayi perempuan yang baru berusia dua hari maut akibat ditikam dengan pemutar skru lebih daripada 100 kali. Mayat bayi perempuan malang itu ditemui dalam keadaannya dibalut dengan kain tuala berdekatan dengan sebuah kuil yang terletak di Ayodhar Nagar. 

    Pada mulanya, pihak polis mengesyaki bayi perempuan yang dibuang secara hidup-hidup telah menjadi mangsa binatang liar. Walau bagaimanapun, laporan bedah siasat pada kemudiannya mendapati dia ditikam dengan peralatan tajam seperti pemutar skru. 

    Pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk mengesan suspek iaitu datuk dan nenek kepada bayi itu sendiri. Dua orang suspek tersebut dilaporkan bertindak sedemikian selepas mengetahui anak perempuan mereka yang berusia 19 tahun telah hamil anak luar nikah. Kisah bermula apabila anak suspek itu menjalinkan hubungan dengan jiran yang berdekatan. Susulan perutnya kain membesar, anak suspek memberikan alasan keadaan tersebut adalah disebabkan perintah berkurung iaitu nafsu makan yang berlebihan. Selepas satu tempoh, suspek yang mengetahui tentang kehamilan itu telah membawa anaknya ke hospital bagi tujuan pengguguran. Suspek membuat keputusan tersebut kerana berasa malu dan mahu anak mereka berkahwin dengan lelaki lain. Suspek seterusnya terpaksa menanti kelahiran cucu mereka selepas doktor enggan untuk melakukan pembedahan keguguran. Apabila bayi itu dilahirkan, dia terus dibunuh dengan begitu kejam oleh suspek. Kedua-dua suspek yang kini dalam tahanan telah didakwa atas kesalahan membunuh.

Suspek

    Terdahulu iaitu bulan September lepas, terdapat dua kes pembunuhan bayi perempuan yang berlaku di India. Kes pertama, mayat seorang bayi perempuan berusia 31 hari ditemui dalam tong drum. Dia dibunuh kerana ibunya berkeinginan mempunyai bayi lelaki. Kes kedua, seorang ibu membuang bayi perempuannya yang berusia 9 bulan ke dalam tasik hanya semata-mata untuk kahwin lari bersama teman lelakinya.

Catat Ulasan for "BAYI BERUSIA 2 HARI MAUT DITIKAM"