Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

12 FILEM SERAM THRILLER YANG PATUT DITONTON

    TAJUK : Incident in a Ghostland (2018)

    GENRE : Seram

    RATING : IMDb 6.3/10

                   Rotten Tomatoes 44%

    ULASAN/SINOPSIS :

    Sebuah filem suspen yang pasti akan membuatkan jantung korang rasa tercabut. Pertama sekali, filem bukan pasal cerita hantu. Plotnya mengisahkan tentang tiga orang anak beranak iaitu Colleen (ibu), Beth dan Vera (anak) yang telah berpindah ke sebuah rumah yang agak terpencil dari kawasan bandar. Malang menimpa pada malam pertama di rumah tersebut apabila dicerobohi oleh dua orang individu yang tidak dikenali. Colleen telah mempertaruhkan nyawanya untuk melawan kedua-dua penceroboh misteri itu. 

    Enam belas tahun kemudian, Beth kini bergelar sebagai penulis novel yang berjaya. Satu hari, dia menerima panggilan daripada Vera yang masih lagi trauma dengan kejadian ngeri yang pernah menimpa mereka beberapa tahun sebelumnya. Beth akhirnya bertekad untuk kembali semula ke rumah mereka. Bermula saat itu, Beth mula mengalami peristiwa aneh dengan berdepan semula insiden pencerobohan malam kejadian. 

    TAJUK : Tucker and Dale vs Evil, (2010)

    GENRE : Seram Komedi

    RATING : IMDb 7.5/10

                       Rotten Tomatoes 85% 

    ULASAN/SINOPSIS

    Filem seram komedi ini memang tidak kering gusi dibuatnya. Jalan cerita mengisahkan sekumpulan pelajar yang pergi berkhemah telah terserempak dengan dua orang lelaki seakan psikopat iaitu Tucker dan Dale. Apa yang kumpulan pelajar itu tidak tahu adalah Tucker dan Dale merupakan orang baik, bermaksud tidak sejahat seperti yang disangkakan. 

    Kisah bermula apabila salah seorang daripad kumpulan pelajar tersebut bernama Allison hampir lemas. Mujur sajalah dia berjaya diselamatkan oleh Tucker dan Dale. Timbul salah faham selepas rakan-rakan Allison menyangka bahawa Allison telah diculik. Jadi, mereka pun berusaha keras untuk menyelamatkan Allison daripada Tucker dan Dale. 

     TAJUK : I Spit on Your Grave

     GENRE : Thriller

     RATING : IMDb 6.3/10

                       Rotten Tomatoes 32%

    ULASAN/SINOPSIS :

    Kalau kita baca pasal kes rogol beramai-ramai dekat media, mesti kita rasa geram kan? Mesti rasa nak pijak-pijak kepala perogol tu. Lebih-lebih lagi kalau si perogol dibebaskan. Baiklah, kalau korang nak lepaskan segala rasa amarah dan geram tu, korang tengoklah filem ini. I Spit On Your Grave (2010) adalah versi remake daripada filem kontroversi I Spit On Your Grave (1978). Mengisahkan tentang seorang mangsa rogol yang bertekad untuk membalas dendam terhadap perogolnya. Harus diingatkan bahawa filem ini terlalu kejam dan brutal. Tidak sesuai untuk ditonton kanak-kanak yang di bawah umur.

    TAJUK : Searching (2018)

    GENRE : Drama, Thriller

    RATING : IMDb 7.8/10

                     Rotten Tomatoes 93%

    ULASAN/SINOPSIS :

    Filem yang dibintangi oleh aktor kacak Korea ini iaitu John Cho adalah mengisahkan tentang kegigihan seorang insan yang bergelar bapa dalam usaha untuk mencari anak perempuannya yang telah hilang. David Kim (John Cho), seorang bapa tunggal yang tegas tapi penyayang terhadap anak perempuannya, Margot. Kasih sayang yang dicurahkan oleh David terhadap Margot memang tiada tolok bandingnya. Lagipun isteri David iaitu Pamela telah pun meninggal dunia akibat penyakit kanser. Setiap bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anaknya. Begitulah juga dengan David. Dia sering menghubungi Margot dengan menggunakan aplikasi media sosial bagi memantau setiap pergerakan serta perkembangan semasa anak kesayangannya itu. Satu hari, Margot gagal dihubungi sejurus saja tamatnya sesi pembelajaran berkumpulan. David yang mula berasa bimbang akan soal keselamatan Margot akhirnya membuat laporan polis dan kemudian turut membantu siasatan yang dijalankan oleh Detektif Rosemary Vick.

    TAJUK : Aterrados = Terrified (2017)

    GENRE : Seram

    RATING : IMDb 6.6/10

                     Rotten Tomatoes 89%

    ULASAN/SINOPSIS :

    Mengisahkan tiga orang penyiasat menyiasat kejadian paranormal yang berlaku di satu kawasan perumahan di Buenos Aires.

    TAJUK : THE VOID (2016)

    GENRE : Seram, Misteri, Fiksyen Sains

    RATING : IMDb 5.9/10

                       ROTTEN TOMATOES 79%

    ULASAN/SINOPSIS :

    The Void adalah sebuah filem yang dikategorikan sebagai sebuah filem Lovecraftian Horror. 

    "Lovecraftian Horror adalah subgenre fiksi seram yang menekankan elemen seram kosmik yang tidak diketahui asal-usulnya, ganas serta mempunyai unsur-unsur kejutan. Istilah ini dinamakan sempena nama penulis Amerika yang bernama H. P. Lovecraft iaitu perintis kepada genre tersebut."(Dipetik daripada artikel wikipedia)."

    Malam kian menjelma. Daniel Carter iaitu seorang syerif sedang berehat di dalam kereta. Tidak lama kemudian, dia ternampak seorang lelaki sedang merangkak di tepi jalan. Lelaki itu didapati dalam keadaan yang tidak sihat. Maka, Daniel pun membawa lelaki tersebut ke sebuah hospital. Setibanya mereka berdua di hospital itu, semuanya berjalan dengan lancar. Daniel meluangkan sedikit masa untuk berborak-borak kosong dengan kakitangan hospital dan juga para pesakit. Kejadian aneh bermula selepas salah seorang jururawat mula bertindak agresif dengan menikam mata seorang pesakit dan seterusnya cuba menikam Daniel. Daniel terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Jururawat itu pada mulanya jatuh rebah, namun bangkit semula  bertukar menjadi makhluk yang menakutkan. 

    TAJUK : The Autopsy of Jane Done (2016)

    GENRE : Misteri, Thriller

    RATING : IMDb 6.8/10

                      Rotten Tomatoes 87%

    ULASAN/SINOPSIS

    Di negara barat khususnya menggunakan istilah nama John Doe (lelaki) dan Jane Doe (perempuan) kepada seseorang yang tidak dapat dikenalpasti identitinya. Begitulah dengan jalan cerita filem ini mengisahkan fenomena ghaib yang dialami oleh pasangan dua anak beranak sepanjang waktu mereka berdua membedah siasat mayat seorang perempuan Jane Doe. 

    Kisah bermula selepas mayat seorang perempuan tanpa identiti dihantar ke sebuah rumah mayat untuk dibedah siasat. Kita akan disajikan dengan adegan ilmiah iaitu bagaimana proses bedah siasat dijalankan. Sepanjang proses bedah siasat itu, satu demi satu kejadian aneh mula berlaku di rumah mayat tersebut. Elemen kuasa ghaib sudah semestinya. 

    Jangan risau, tiada sebarang penampakan entiti menakutkan seperti Valak. Tidak kiralah sebelum atau selepas menonton filem ini, korang disarankan untuk menonton pula The Witch (2015). Kedua-dua filem ini tidak saling berkait. Namun ia cukup sekadar untuk menyelami asal usul sebenar watak Jane Doe dalam filem The Autopsy of Jane Doe ini.

    "Ting...ting...ting..." Kedengaran bunyi loceng. Rupanya, mayat lelaki tua dalam peti mayat tadi sedang berjalan!

    TAJUK : Ratsasan (2018)

    GENRE : Drama, Thriller

    RATING : IMDb 8.8/10

    ULASAN/SINOPSIS :

    Ratsasan (Syaitan) diiktiraf filem kedua terbaik di belakang filem Andhadhun sebagai filem terbaik di India untuk tahun 2018 mengikut senarai IMDb. 

    Memang sangat direkemenkan untuk peminat filem genre thriller. Masterpiece filem dengan jalan cerita mantap, lakonan dalam kelas tersendiri, muzik latar mendebarkan dan sinematografi yang sangat menarik. Memberi definisi sebenar suspen dan seram. Kudos kepada tuan pengarah Ram Kumar kerana berjaya menghasilkan filem yang hebat sebegini dalam industri Kollywood. 

    Baiklah, filem ini mengisahkan tentang pembunuhan bersiri. Arun Kumar (Vishnu Vishal) adalah seorang lelaki yang obses untuk membuat filem berkisarkan tentang psikopat. Nampaklah kegigihannya mengumpul segala jenis artikel untuk dijadikan sebagai bahan rujukan serta inspirasi dalam menghasilkan skrip filem yang bagus. Berikutan berasa kecewa kerana skrip filemnya ditolak mentah-mentah oleh kebanyakan penerbit, Arun pun membuat keputusan untuk menjadi pegawai polis selepas mendapat pertolongan daripada abang iparnya sendiri. Secara kebetulan, kes pertama yang dihadapi oleh Arun sebagai polis adalah kes pembunuhan bersiri yang melanda di daerah mereka. Dengan pengetahuan tentang psikopat yang sedia ada pada dirinya, maka Arun berusaha sebaik yang mungkin untuk menangkap pembunuh bersiri tersebut. 

    Percayalah sepanjang durasi dua jam lebih filem, korang akan berdebar-debar sampailah ke penamatnya. Pembunuh sebenar sebenarnya sudah berada di depan mata, tapi terlepas pandang. Jangan risau, tiada sebarang adegan gore mahupun disturbing melampau dalam filem ni. Tapi, serius saya cakap emosi ada sedikit rasa terganggu semasa adegan dialog penceritaan bagaimana cara mangsa diseksa dan dibunuh. Dialog tersebut memberi kesan sampai saya sendiri terbayang-bayang penderitaan yang dialami oleh mangsa. Ingat, penceritaan mulut. Bukan adegan mangsa dibunuh. Akhir sekali, saya memetik salah satu dialog berfakta daripada filem ini : 

    "Sebanyak 27% daripada senarai psikopat di seluruh dunia ini akan meninggalkan simbol atau tanda mereka semasa menculik atau membunuh mangsa."

    TAJUK : The Descent (2005)

    GENRE : Seram, Thriller

    RATING : IMDb 7.2/10

                     Rotten Tomatoes 85 %

    ULASAN SINOPSIS :

    Sinopsis ringkas, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan wanita yang menjalankan ekspedisi di sebuah gua. Situasi yang bermula dengan baik itu bertukar menjadi buruk selepas mereka semua terperangkap dalam gua tersebut. Memburukkan lagi keadaan apabila salah seorang daripada mereka telah mengaku bahawa tempat mereka terperangkap itu adalah gua yang tidak pernah diterokai oleh sesiapa pun. Pada masa sama, ada "makhluk" di situ yang bakal menjadikan mereka semua sebagai mangsa. 

    TAJUK : Hush (2016)

    GENRE : Seram, Thriller

    RATING : IMDb 6.6/10

                      Rotten Tomatoes 92%

    ULASAN/SINOPSIS :

     Nak layan cerita slasher psikopat lain daripada yang lain? Tontonlah filem Hush ini. 

    Maddie Young adalah seorang penulis novel yang mempunyai masalah pendengaran serta bisu. Pada satu malam, rumah Maddie yang jauh terperosok di tengah hutan telah diceroboh masuk oleh seorang lelaki psikopat bertopeng. Bermula saat itu, Maddie terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa psikopat kejam tersebut. Tiada pilihan ketiga melainkan samada untuk kekal hidup ataupun mati

    TAJUK : Disturbia (2007)

    RATING : IMDb 6.8/10

                      Rotten Tomatoes 69%

    GENRE : Misteri, Thriller

    ULASAN/SINOPSIS :

    Mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Kale yang telah dihukum untuk berkurung di dalam rumah. Disebabkan berasa bosan, dia pun mula melakukan aktiviti mengintai rumah jiran. Pada mulanya, Kale begitu seronok melakukan aktiviti tidak seronok itu. Hinggalah satu malam, Kale ternampak satu kejadian pembunuhan di rumah salah seorang jiran lelakinya yang juga memang merupakan seorang pembunuh. Si pembunuh tersebut pula menyedari Kale ternampak apa yang dia telah lakukan. 

    "Every killer lives next door to someone" 

    "How well do you know your neighbors?"

    TAJUK : Haunt (2019)

    GENRE : Seram

    RATING : IMDb 6.5/10

    ULASAN/SINOPSIS :

    Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Scott Beck dan Bryan Woods yang juga merupakan penulis filem seram thriller yang pernah menjadi fenomena iaitu A Quite Place. 

    Plot filem Haunt bukanlah luar biasa sangat pun. Sama saja klise dengan plot kebanyakan filem slasher yang lain. Jalan cerita berkisarkan pada malam Halloween di mana enam sekawan telah memasuki rumah permainan hantu. Namun, siapa sangka rumah berhantu tersebut adalah mimpi ngeri sebenar untuk enam sekawan tersebut kerana mereka diburu oleh sekumpulan pembunuh yang kejam. Tiada jalan keluar. Kekal berjuang untuk hidup atau mati katak. 

    Ada empat peraturan :

    1) Sentiasa berada di tempat yang sudah ditandakan. 

    2) Jangan pernah menyentuh para pelakon. 

    3) Anda akan diminta untuk melakukan sesuatu. Tolong lakukan seperti apa yang disuruh. Ini adalah untuk keselamatan anda sendiri. 

    4) Semua telefon pintar harus diletakkan di dalam loker berkunci. Anda boleh menyimpan kunci loker hingga tamat waktu permainan.

Catat Ulasan for "12 FILEM SERAM THRILLER YANG PATUT DITONTON"