Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CEKIK ANAK KERANA SUAMI TAK JAWAB PANGGILAN TELEFON

    THAILAND - Hanya kerana suaminya tidak menjawab panggilan telefon, seorang wanita bergelar ibu tergamak untuk mencekik anak perempuan sendiri yang berusia 3 tahun sehingga pengsan. Video rakaman ibu kejam itu telah tular di media sosial. 

    Berdasarkan laporan media, suami wanita tersebut telah pergi ke Bangkok. Apa yang berlaku kemudian adalah si suami itu tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat oleh isterinya. Akibat terlampau marah panggilannya tidak bersahut, wanita berkenaan  telah membuat panggilan video terhadap suaminya lalu mencekik dan memijak leher anak perempuan kecil mereka. Wanita tersebut berbuat sedemikian adalah untuk menakut-nakutkan serta membuat suaminya berasa serba salah. Menerusi rakaman video, anak perempuan malang itu menjerit dan menangis kerana menahan kesakitan sebelum dia akhirnya jatuh pengsan. 

    Keluarga si suami yang kemudian menonton video insiden penderaan tersebut di laman Facebook telah bertindak untuk membuat laporan polis. Mereka juga mengambil mangsa daripada ibunya untuk dijaga. Difahamkan, wanita terbabit mempunyai seorang lagi anak berusia setahun yang kini sedang dijaga oleh keluarganya sendiri. 

Permohonan maaf

    Menyedari kesalahan yang telah dibuatnya, wanita tersebut membuat permohonan maaf terhadap keluarga mentuanya. Walau bagaimanapun, semuanya sudah terlambat kerana rayuan wanita itu tidak dilayan sama sekali. 

    Kes masih lagi dalam siasatan. Wanita tersebut kini telah pun didakwa atas kesalahan melanggar akta kanak-kanak.

Catat Ulasan for "CEKIK ANAK KERANA SUAMI TAK JAWAB PANGGILAN TELEFON"