Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ENAM KISAH PEMBUNUHAN SEKELUARGA YANG KEJAM


6. STEVEN SUEPPEL

    Pada tahun 2008, seorang lelaki bernama Steven Sueppell yang bekerja sebagai pegawai bank telah dituduh menggelapkan wang berjumlah lebih daripada $500 000 di tempat kerjanya. Dia yang kemudian mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin. Tertekan dengan keadaan tersebut, Steven telah bertindak untuk membunuh keluarganya. Mangsa pertama adalah isterinya sendiri menerusi pukulan menggunakan kayu besbol. Begitu juga dengan empat orang anak angkatnya yang dibunuh dengan cara sama. Selesai melakukan pembunuhan, Steven pergi memandu van, lalu membunuh diri dengan melanggar binaan konkrit.



5. JOHN LIST

    Pada mulanya, keluarga John List hidup dalam keadaan mewah dengan mereka mendiami sebuah rumah agam yang begitu besar. Walau bagaimanapun, nasib malang menimpa buat John apabila pada kemudiannya dia telah dibuang kerja. Enggan untuk menerima hakikat hidup dalam kemiskinan, John tekad untuk membunuh ibu, isteri dan tiga orang lagi anaknya dengan cara tembakan pistol jarak dekat. Selepas pembunuhan itu, John bertindak untuk menghilangkan diri. Namun setelah 18 tahun bersembunyi, John berjaya ditangkap semula selepas episod tentang pembunuhan keluarganya disiarkan dalam rancangan America’s Most Wanted. 

    Kisah penuh tentang John List boleh dibaca di sini.



4. ROBERT FISHER

    Robert Fisher kini masih lagi berada dalam senarai individu yang paling dikehendaki oleh pihak FBI. Pada tahun 2001, isteri Robert dan dua orang lagi anaknya maut akibat letupan besar yang berlaku di rumah mereka. Berdasarkan siasatan mendapati isteri Robert telah ditembak manakala anak-anaknya dikelar pada bahagian leher sejurus sebelum letupan berlaku. Sama seperti kes John List, Robert berjaya menghilangkan diri selepas waktu kejadian. Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa Robert telah pun membunuh diri atau kini berselindung dengan identiti baru. Selagi jejaknya belum ditemui, Robert tetap dalam buruan.



3. KELUARGA DUPONT DE LIGONNES

    Pembunuhan keluarga bangsawan Dupont de Ligonnes berlaku di Perancis pada tahun 2011. Dalam kejadian itu, individu yang disyaki sebagai suspek iaitu Xavier telah membunuh isteri dan empat orang anaknya. Selepas menanam mayat semua anggota keluarganya itu di taman rumah mereka, Xavier terus hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak. Pada tahun 2019, Xavier yang berada dalam senarai waran penangkapan antarabangsa dilaporkan telah berjaya ditangkap di lapangan terbang Glasgow, Scotland. Namun selepas pemeriksaan dijalankan, individu berkenaan bukannya Xavier. Perkembangan terkini, pihak berkuasa juga ada menerima banyak maklumat tentang Xavier sejurus selepas kisah pembunuhannya disiarkan menerusi Unsolved Mysteries Netflix.

    Kisah penuh tentang pembunuhan keluarga Dupont De Ligonnes boleh dibaca di sini



    2. JOSH POWELL

    Susan Cox Powell hilang sejak dari tahun 2009. Kehilangan Susan dikatakan berpunca daripada angkara suaminya sendiri iaitu Josh Powell dengan bantuan bapanya dan adik-beradik lain. Pengakhiran kes ini adalah sangat tragis di mana Josh telah bertindak untuk membunuh diri bersama dua orang anak lelakinya. Begitu juga dengan nasib salah seorang adik Josh. Bapa Josh pula meninggal dunia tidak lama selepas keluar dari penjara. Hingga pada hari ini, Susan masih lagi gagal untuk ditemui. Tiada siapa pun yang tahu telah berlaku terhadapnya. Percayalah, kisah Susan ini adalah lebih sadis daripada kisah pembunuhan Chris Watts.

    Kisah penuh tentang Susan Cox Powell boleh dibaca di sini



. 1. CHRIS WATTS

    Kes pembunuhan kejam Chris Watts ini mendapat liputan meluas dunia selepas Chris yang mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dilaporkan telah mencekik Shannan di dalam bilik tidur iaitu betul-betul di depan mata Bella (4 tahun) dan Celeste (3 tahun). Lagi menyedihkan, Shannan pada waktu itu sedang hamil 15 minggu anak lelaki mereka yang bakal dinamakan sebagai Nico. Selepas Shannan dibunuh, mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam trak. Chris seterusnya memandu trak tersebut ke tempat kerjanya dengan membawa sekali Bella dan Celeste. Apabila sampai di lokasi, Chris yang menarik mayat Shannan keluar dari trak tiba-tiba ditegur oleh salah seorang daripada anaknya,

    "Ayah nak buat apa dekat ibu?" 

    Selain itu iaitu pada saat-saat akhir hidup mereka, Bella yang melihat Chris sedang menekup muka Celeste sempat lagi untuk bertanya, 

    "Adakah nasib saya akan menjadi seperti Cece (Celeste)? 

    Mayat Bella dan Celeste kemudian dibuang ke dalam tangki minyak manakala mayat Shanann pula ditanam di kawasan yang sama. 

    Chris Watts yang kini berada di dalam penjara untuk seumur hidup masih lagi dihantui dengan bayangan mendiang isteri iaitu Shannan dan dua orang anaknya itu. 

Catat Ulasan for "ENAM KISAH PEMBUNUHAN SEKELUARGA YANG KEJAM"