Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CHRIS WATTS KEMBALI BERHUBUNG DENGAN NICHOL KESSINGER

Chris Watts dan Nichole Kessinger

    AMERIKA SYARIKAT – Chris Watts yang juga merupakan lelaki paling dibenci di Amerika Syarikat dilaporkan telah kembali berhubung dengan bekas kekasih gelapnya iaitu Nichol Kessinger. Dakwaan itu dibuat oleh oleh seorang bekas banduan bernama David Carter. Dia telah dibebaskan pada bulan Februari lepas dari penjara Dodge Correctional Institution yakni tempat Chris Watts dipenjarakan untuk seumur hidupnya.

    David mendakwa bahawa Chris ada memberitahu tentang dirinya yang telah berhubung semula dengan Nichol melalui surat. Cerita Chris lagi, dia dan Nichol perlu berjumpa kerana ada ‘’masalah” yang perlu diselesaikan. Chris bagaimanapun tidak memberitahu David tentang “masalah” tersebut. Menurut David, semua dakwaan ini dibuat oleh Chris pada bulan September 2020. Selain itu, Chris juga ada menjelaskan tentang motif pembunuhan isteri dan anak-anaknya sebelum ini adalah atas pelbagai sebab seperti enggan lagi untuk memberi nafkah anak dan tidak mahu anak lelaki mereka yang sedang dikandung oleh isterinya. Chris turut berasa risau rumah mereka akan menjadi milik isterinya selepas bercerai. Berbalik mengenai surat antara Chris dan Nichol, David mendedahkan perkara tersebut sudah pun diketahui oleh pihak berkuasa penjara. Tindakan yang diambil adalah menggantung sementara akaun surat Chris. Malah semua surat milik Chris juga dipantau.

    Tahun 2019, Chris pernah memberitahu sahabat penanya iaitu Cheryln Cadle tentang dirinya yang masih mencintai Nichol. Chris percaya sebahagian surat diterimanya dalam penjara adalah kiriman daripada Nichol yang menggunakan nama samaran. Chris Watts yang kini berusia 35 tahun sebelum ini dipenjarakan atas kesalahan membunuh isterinya, Shannan serta dua orang lagi anak perempuan mereka iaitu Bella (4 tahun) dan Celeste (3 tahun).  Dia melakukan pembunuhan kejam yang telah menggemparkan satu dunia pada tahun 2018 itu hanya semata-mata untuk bersama kekasih gelapnya, Nichol Kessinger yang dikenali di tempat kerja.

Chris Watts bersama Shannan, Bella dan Celleste

    Pada tahun lepas, Netflix menyiarkan dokumentari pembunuhan Chris Watts yang berjudul American Murder : The Family Next Door. Dokumentari tersebut merangkumi rakaman kamera, hantaran sosial media, teks mesej dan rakaman daripada pihak polis. Mengenai Nichole, lokasi sebenarnya masih lagi tidak diketahui dengan fakta kali terakhirnya dilihat adalah pada bulan Ogos 2018 iaitu sewaktu dia pergi berjumpa dengan pihak polis untuk membuat pengakuan tentang hubungan sulirnya bersama Chris. Lewat tahun 2018, Nichol dikatakan sudah berpindah dari Colorado serta pada masa sama dia diletakkan di bawah program perlindungan saksi. Maklumat lain, Nichol ada membuat permohonan rasmi untuk menukar namanya.

    Seperkara yang harus diketahui iaitu pada dinding sel Chris, hanya ada gambar Bella dan Celleste. Tiada sebarang gambar Shannan.

Catat Komen for "CHRIS WATTS KEMBALI BERHUBUNG DENGAN NICHOL KESSINGER"