Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GARA-GARA CUBA MEROGOL, KEMALUAN LELAKI DIKERAT

    BRAZIL – Padah melakukan cubaan rogol, seorang lelaki telah dikerat di bahagian kemaluannya. Lelaki berusia 36 tahun yang tidak didedahkan namanya itu diperlakukan sedemikian selepas cuba untuk merogol anak saudara perempuannya sendiri. Perempuan yang berusia 20 tahun tersebut bagaimanapun berjaya melawan sebelum berjaya melarikan diri. Bapa saudaranya itu pula kemudian tertidur akibat mabuk.

    Apabila teman lelaki perempuan tersebut mengetahui tentang insiden itu, dia dan seorang lagi sepupunya berasa marah lalu ke lokasi kejadian. Setibanya di sana, mereka berdua telah mengajak si bapa saudara tadi untuk pergi ke sebuah kawasan ladang tebu yang berhampiran. Di situ, si bapa saudara itu dibelasah dengan teruk hingga pengsan. Sewaktu dia sedang pengsan itulah zakar dan buah zakarnya dikerat. Bahagian kemaluan kerat tersebut kemudian diberikan kepada khinzir sebagai makanan. Mangsa segera membuat panggilan kecemasan sebaik saja berjaya sampai ke rumah dalam keadaannya berlumuran dengan darah.

    Setelah tiba di hospital, mangsa terus menjalani pembedahan kecemasan di bahagian saluran kencingnya. Bahagian kemaluannya yang sudah dibuang gagal pula untuk ditemui. Jadi, tiada apa yang boleh dilakukan oleh doktor. Mangsa kini diberikan rawatan antibiotik dengan jangkaan akan dibenarkan untuk keluar dari hospital dalam masa beberapa lagi. Tidak dapat dipastikan samada dia akan didakwa atas pertuduhan melakukan cubaan rogol memandangkan tiada laporan polis yang dibuat.

    Sementara itu, kedua-dua suspek telah telah pun ditahan oleh pihak polis. 

Catat Ulasan for "GARA-GARA CUBA MEROGOL, KEMALUAN LELAKI DIKERAT"