Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ABANG MATI DIBUNUH, PELAKON WANITA DITAHAN

Shanaya Katwe

    INDIA – Terkini, pelakon wanita cantik filem Kannada iaitu Shanaya Katwe ditahan oleh pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian pembunuhan terhadap abangnya sendiri yang bernama Rakesh Katwe, 32 tahun.

    Berdasarkan laporan media, Rakesh dicekik sampai mati oleh suspek sebelum kepala serta badannya dikerat kepada beberapa bahagian. Kepala Rakesh telah dibuang di dalam sebuah hutan yang terletak di kawasan perkampungan Devargudihal manakala saki baki serpihan mayatnya pula dibuang serata tempat di sekitar bandar Hubli.

    Pihak polis telah pun menahan empat orang suspek lelaki utama yang dikenalpasti sebagai Niyazahemed Katigar(21 tahun), Tousif Channapur (21 tahun), Altaf Maula (24 tahun) dan Aman Giraniwale (19 tahun). Berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, pembunuhan Rakesh dipercayai mempunyai kaitan dengan hubungan percintaan antara Shanaya dengan salah seorang suspek iaitu Niyazahemed. Rakesh dikatakan tidak bersetuju dengan hubungan percintaan tersebut.

    Kejadian pembunuhan itu dilaporkan berlaku pada 9 April lepas di rumah Rakesh di mana Shanaya waktu tersebut sedang berada di Hubli untuk mempromosikan filemnya. Shanaya membuat penampilan pertama lakonannya pada tahun 2018 menerusi filem Premam Jeevanam arahan Raghavanka Prabhu. Filem kedua Shanaya yang berjudul Ondu Ghanteya Kathe pula baru saja diterbitkan pada bulan Mac lepas. 

Catat Ulasan for "ABANG MATI DIBUNUH, PELAKON WANITA DITAHAN"