Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LOKASI MAYAT ASHLEY FREEMAN DAN LAURIA BIBLE DIKENALPASTI?

Ashley Freeman dan Lauria Bible

    AMERIKA SYARIKAT – Menerusi perkembangan terkini kes kehilangan Ashley Freeman dan Lauria Bible, operasi pencarian dua gadis itu kini sedang giat dilakukan di sebuah kawasan yang dipercayai menjadi lokasi penanaman mayat mereka berdua. Pencarian tersebut dibuat selepas pihak berkuasa menerima maklumat daripada saudara kepada salah seorang suspek.

Sumber : Facebook

    22 tahun yang lepas iaitu pada pagi 30 Disember tahun 1999, pihak talian kecemasan menerima panggilan daripada seorang individu yang memberitahu bahawa rumah milik keluarga Freeman terbakar. Selepas api dipadamkan, pihak polis yang melakukan pemeriksaan telah menemui mayat ibu bapa Ashley iaitu Danny dan Kathy Freeman. Mereka berdua dipercayai mati akibat tembakan jarak dekat. Kenyataan ini bermaksud Danny dan Kathy mati telah dibunuh sebelum rumah mereka dilanda kebakaran. Sementara itu, Ashley dan Lauria yang berusia 16 tahun waktu tersebut gagal untuk ditemui. Lauria dilaporkan pergi bermalam di rumah Ashley pada waktu kejadian memandangkan hari itu adalah hari jadi Ashley.

    Berdasarkan siasatan yang dibuat oleh pihak polis sebelum ini, tiga orang individu lelaki bernama Ronnie Dean Busick, Phillip Welch II dan Danny Pennington telah dikenalpasti sebagai suspek utama. Selepas membunuh pasangan Freeman, mereka bertiga bertindak untuk menculik Ashley dan Lauria. Dua gadis malang yang dikurung selama beberapa minggu itu telah dirogol dan diseksa sebelum dibunuh. Motif insiden diyakini mempunyai kaitan dengan dadah. Pada tahun lepas, Ronnie yang juga merupakan satu-satunya suspek yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas penglibatannya dalam kejadian. Mengenai Phillip dan Danny, mereka berdua telah pun meninggal dunia dengan Phillip meninggal tahun 2007 manakala Danny pula tahun 2015.

    Ibu kepada Lauria iaitu Lorene Bible dilaporkan sudah pun berada di lokasi kejadian. Sebarang perkembangan atau penemuan akan dimaklumkan pada masa terdekat.

Catat Ulasan for "LOKASI MAYAT ASHLEY FREEMAN DAN LAURIA BIBLE DIKENALPASTI?"