Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

NILAI SEBUAH KEMAAFAN

Salahuddin Jitmoud

    Pada malam 19 April 2015, seorang lelaki muslim bernama Salahuddin Jitmoud (22 tahun) yang bekerja sebagai penghantar pizza telah pergi menghantar pizza di sebuah kawasan apartment. Apa yang berlaku kemudian, Salahuddin diekori oleh tiga orang lelaki berkulit hitam sebelum dia pada akhirnya mati ditikam. Pada mulanya, komuniti Islam di Lexington beranggapan bahawa pembunuhan Salahuddin itu adalah berunsurkan jenayah kebencian dan perkauman terhadap umat Islam. Namun selepas pihak polis membuat siasatan, kematian Salahuddin dipercayai bermotifkan rompakan. Ketiga-tiga suspek yang berjaya ditahan pada masa singkat tersebut dikenali sebagai Anthony Lewis (30 tahun), Cameron R. McClellan (28 tahun) dan Trey Relford (24 tahun). Daripada ketiga-tiga suspek itu, hanya Trey Relford seorang yang didakwa atas pertuduhan melakukan pembunuhan serta rompakan.

Trey Relford

    7 November 2017, Trey Relford yang didapati bersalah atas penglibatannya dalam kematian Salahuddin telah diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk menjalani hukuman penjara selama 31 tahun. Pada waktu keputusan perbicaraan inila berlakunya satu peristiwa benar-benar menyentuh emosi hingga menyebabkan pihak juri dan para hadirin yang hadir di mahkamah menitiskan air mata mereka. Bapa Salahuddin iaitu Dr. Abdul-Munim Sombat Jitmoud telah membuat kenyataan untuk memaafkan Trey Relford. Ungkapan tersebut dilafazkannya dengan nada suara yang penuh lemah-lembut. Selain itu, Abdul-Munim juga langsung tidak menyalahkan Trey Relford sebagai penyebab kematian anaknya. Abdul-Munim sebaliknya memberitahu bahawa pembunuhan itu berlaku adalah berpunca daripada angkara syaitan. Saksikan video di bawah.

    Selesai berbicara, Abdul-Munim dan Trey Relford saling berjabat tangan dan berpelukan. Trey Relford juga ada memohon maaf tentang segala apa yang sudah berlaku. Sementara itu, ibu kepada Trey Ralford turut menceritakan bagaimana dadah telah menjadi pemusnah kehidupan anaknya. Kata ibu Trey Ralford lagi,

    “Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan anak awak. Saya meminta maaf. Saya benar-benar terkejut dengan kesudian awak untuk memaafkan anak saya.”

    Abdul-Munim yang juga merupakan seorang pengetua madrasah menyifatkan bahawa Salahuddin adalah seorang anak yang sangat baik. Menerusi satu wawancaranya bersama dengan BBC Thailand, Abdul-Munim menyatakan bahawa memaafkan itu bukan mudah namun ia adalah salah satu ajaran dalam agama Islam. Seperkara lagi yang perlu diketahui, isteri Abdul-Munim meninggal dunia pada dua tahun sebelum kematian Salahuddin. Tahun 2019, kerajaan Malaysia menganugerahkan Abdul-Munim sebagai Ikon Rahmah atas sikap belas kasihannya yang telah menjadi contoh kepada masyarakat dunia.

Catat Ulasan for "NILAI SEBUAH KEMAAFAN"