Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH AMARJEET SADA : Pembunuh Bersiri Paling Termuda di Dunia

Amarjeet Sada

IKLAN


Ceriakan hati puteri anda dengan koleksi baju raya 2021 dari kami 🌹🌹

✔️ Harga yang berpatutan
✔️ Variasi warna yang menarik
✔️ Kain yang sejuk & Selesa
✔️ Ready stock 
✔️ Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak bagi pembelian RM100 & ke atas 
✔️ Free COD untuk penghantaran ke seluruh Penang Island 

Harga? 🤔🤔
Sepasang RM60 🌷
2 Pasang RM100🌷🌷
3 Pasang Rm150🌷🌷🌷

Dropship dialu-alukan 🤗🤗
✔️ Yuran adalah percuma 

Puan-puan boleh mengutarakan sebarang pertanyaan ke https://wa.me/60102837879 ☺️☺️




TAMAT IKLAN


    Ini adalah kisah pembunuh bersiri paling termuda di dunia yang berasal dari negara India. Amarjeet Sada mula melakukan pembunuhan pada seawal usianya tujuh tahun. Salah seorang mangsa yang dibunuhnya adalah seorang bayi perempuan yang baru berusia lapan bulan. Jangan terkejut, bayi perempuan itu merupakan adik kepada Amarjeet sendiri.

    Amarjeet Sada dilahirkan pada tahun 1998 bertempat di kawasan perkampungan Mushahar, India. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang kehidupan Amarjeet. Namun apa yang dapat dipastikan, bapanya adalah seorang buruh. Ada kemungkinan besar bahawa Amarjeet telah didera dengan disuruh secara paksa untuk bekerja atas faktor keluarganya yang begitu miskin.

    Mangsa pembunuhan pertama Amartjeet merupakan sepupunya sendiri yang berusia enam tahun. Tidak jelas bagaimana pembunuhan tersebut boleh berlaku. Amartjeet kemudian menjadikan adik perempuannya sendiri sebagai mangsa kedua dengan cara cekikan leher sampai mati. Lagi mengerikan apabila Amartjeet telah menghentak kepala adiknya itu dengan batu hingga hancur berkecai. Seperkara yang perlu diketahui, keluarga Amarjeet dan sebahagian penduduk kampung mengetahui tentang pembunuhan kejam tersebut. Walau bagaimanapun, mereka mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dengan beranggapan apa yang telah dilakukan oleh Amarjeet sebenarnya adalah atas “urusan keluarga”.

    Pada tahun 2007, seorang wanita bernama Chunchun Devi telah menghantar bayi perempuannya yang berusia enam bulan ke sebuah taska. Apa yang berlaku kemudian iaitu sewaktu Chunchun kembali ke taska tersebut, anaknya didapati sudah pun hilang. Pada masa singkat, berita kehilangan bayi malang itu telah tersebar luas. Penduduk kampung yang mendengar khabar tersebut terus mengesyaki Amarjeet sebagai pelaku. Apabila Amarjeet disoal mengenai perkara itu, dia terus mengaku telah membunuh bayi itu. Selepas membuat pengakuan, Amartjeet telah menunjukkan lokasi penanaman mayat bayi tersebut. Selain itu, fakta yang paling mengejutkan adalah Amartjeet tidak menunjukkan sebarang rasa penyesalan dengan perbuatan kejamnya. Sewaktu dalam tahan pihak polis, Amarjeet dikatakan hanya tersenyum sambil meminta beberapa keping biskut untuk dimakannya kerana kelaparan.

     Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pakar psikologi, Amarjeet diyakini mengidap penyakit “conduct disorder” yang bermaksud kelainan tingkahlaku. Dalam erti kata lain, Amarjeet tidak dapat untuk membezakan perkara yang betul dan salah. Selepas penahannya, Amarjeet dilaporkan telah ditempatkan di sebuah pusat juvenil yang terletak di bandar Munger. Di bawah undang-undang negara India, seorang pesalah kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menjalani hukuman mati atau penjara tetapi sebaliknya ditahan di pusat juvenil sehingga mereka berusia 18 tahun. Ada spekulasi yang mengatakan bahawa Amarjeet telah menjalani rawatan di sebuah hospital mental sehingga tempoh hukumannya selesai. Ada juga teori mendakwa Amarjeet bukanlah pembunuh seperti yang digembar-gemburkan. Ini berikutan tiada lagi kes lain yang menunjukkan pembunuh sebaya Amartjeet mampu melakukan kerja-kerja penghapusan bukti serta penanaman mayat pada waktu selepas pembunuhan.

    Hari ini, Amarjeet sudah pun berusia 20an. Dia berkemungkinan besar sudah pun dibebaskan. Tentang keberadaannya sekarang kekal menjadi rahsia. Lagipun tiada sebarang liputan media yang dibuat mengenai Amarjeet.

Catat Komen for "KISAH AMARJEET SADA : Pembunuh Bersiri Paling Termuda di Dunia"