Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BARU MASUK PENJARA, LELAKI PEDOFIL DIBELASAH

Mangsa dipegang Kadian

    ENGLAND – Seorang penjenayah lelaki pedofil telah dibelasah dalam penjara selepas dia membuat pengakuan melakukan penculikan serta merogol seorang gadis remaja berusia 13 tahun. Sebelum kejadian, lelaki berkenaan iaitu Kadian Nelson yang berusia 27 tahun mengaku bersalah atas kesalahan culik, rogol dan ugutan bunuh di mahkamah Kingston Crown. Beberapa jam kemudian, dia yang dimasukkan ke dalam penjara Wandsworth yang terletak di selatan London telah menjadi mangsa belasahan oleh banduan lain. Kadian dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka hingga menyebabkannya terpaksa dihantar ke hospital untuk menjalani pembedahan.

    Menurut satu sumber yang memberitahu akhbar The Sun,

    “Ia adalah serangan ganas daripada banduan yang baru saja tiba ke penjara dengan menaiki van yang sama. Semua orang tahu apa yang dia (Kadian) sudah lakukan. Jelas sekali, dia telah menjadi sasaran.”

    Terdahulu iaitu pada 3 November tahun lepas, Kadian telah mengekori mangsanya yang sedang dalam perjalanan ke sekolah. Mulut mangsa kemudian tiba-tiba diserkup dari arah belakang oleh Kadian sebelum dia dicabul. Selain itu, mangsa juga turut diugut bunuh. Pihak polis mendapat makluman mengenai insiden cabul tersebut selepas menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya telah menjadi saksi kejadian. Salah seorang saudara kepada si pemanggil wanita itu telah bertindak untuk menegur Kadian dengan memberitahu mangsa merupakan adiknya. Selepas menerima teguran tersebut, Kadian dikatakan terus beredar pergi dari lokasi kejadian.

    Rakaman insiden itu telah menjadi tular di media sosial sekaligus menimbulkan kemarahan orang ramai. Kadian dijadualkan akan menerima hukumannya di mahkamah sama pada bulan Ogos ini.  

Catat Ulasan for "BARU MASUK PENJARA, LELAKI PEDOFIL DIBELASAH "