Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH DANIEL JONES : Penganiayaan Seorang Tunang

Daniel Jones dan Sarah Jane Parkinson


IKLAN


Ceriakan hati puteri anda dengan koleksi baju raya 2021 dari kami 🌹🌹

✔️ Harga yang berpatutan
✔️ Variasi warna yang menarik
✔️ Kain yang sejuk & Selesa
✔️ Ready stock 
✔️ Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak bagi pembelian RM100 & ke atas 
✔️ Free COD untuk penghantaran ke seluruh Penang Island 

Harga? 🤔🤔
Sepasang RM60 🌷
2 Pasang RM100🌷🌷
3 Pasang Rm150🌷🌷🌷

Dropship dialu-alukan 🤗🤗
✔️ Yuran adalah percuma 

Puan-puan boleh mengutarakan sebarang pertanyaan ke https://wa.me/60102837879 ☺️☺️


TAMAT IKLAN


Dan

    Pada tahun 2011, Dan atau nama sebenarnya Daniel Jones yang berusia 25 tahun telah berkenalan dengan seorang wanita pramugari bernama Sarah Janes Parkinson, 20 tahun. Dan dan Sarah saling serius dalam perhubungan hingga mereka berdua kemudian mengikat tali pertunangan. Malah, Dan yang bekerja sebagai seorang pengawal penjara sanggup mengeluarkan modal bagi membina rumah untuk mereka diami bersama. Semua itu dibuat kerana dia begitu mencintai Sarah.

    Pada mulanya, Dan dan Sarah tinggal bersama dengan kehidupan yang sangat membahagiakan. Bahkan ibu bapa Dan iaitu Ian dan Michelle Jones nampak begitu senang dengan kehadiran Sarah yang dilihat sebagai seorang calon bakal menantu baik. Namun lama-kelamaan, mereka mula menyedari ada sesuatu yang mencurigakan tentang Sarah. Dia tidak pernah memperkenalkan keluarga atau saudara maranya kepada ibu bapa Dan. Seperkara yang perlu diketahui iaitu beberapa tahun sebelum itu, Sarah pernah membuat laporan polis tentang dirinya yang telah dirogol oleh bapa rakannya sendiri. Walau bagaimanapun, kes menjadi tergantung kerana tiada bukti kukuh untuk membuktikan dakwaan Sarah tersebut.

Dan bersama ibu bapanya

    Tahun 2012, Sarah telah berhenti daripada menjadi seorang pramugari untuk menyandang jawatan sebagai seorang kerani di balai polis Queanbeyan. Tiada angin dan tiada ribut, Sarah tiba-tiba telah menyebarkan cerita palsu kepada rakan-rakan sekerjanya di balai polis itu tentang hubungan toksiknya bersama Dan. Dakwa Sarah, dia kononnya selalu menjadi mangsa penderaan secara mental dan fizikal oleh Dan. Rata-rata mereka yang mendengar cerita tersebut telah mempercayai Sarah berikutan terdapat kesan kecederaan lebam yang ada pada bahagian tangan dan kakinya. Pada waktu ini juga, Sarah menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang anggota polis yang bertugas di balai berkenaan.

    Hinggalah satu hari yakni selepas hampir dua tahun berhubungan dengan Sarah, Dan telah dipanggil untuk hadir ke balai polis Queanbeyan tanpa sebarang sebab. Setibanya di lokasi, Dan dan bapanya tiba-tiba diprovokasi oleh pegawai dengan diberi peringatan untuk tidak lagi menganggu Sarah. Selepas dua anak beranak itu dibenarkan untuk beredar pergi, Sarah telah menjelaskan kepada mereka berdua tentang apa yang berlaku sebenarnya hanya salah faham. Tidak lama selepas insiden provokasi tersebut, Dan mula dapat menghidu bau kecurangan yang dilakukan oleh Sarah. Dan menyedari perkara itu selepas dia mendapati terdapat kekerapan notifikasi mesej dan panggilan masuk pada telefon Sarah. Bulan November 2013, Dan yang  sudah benar-benar berasa kecewa tekad untuk memutuskan hubungan dengan Sarah.

Sarah

    Beberapa hari setelah perpisahan tersebut, Sarah telah pergi membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh Dan. Ini termasuklah dakwaan Dan kononnya memukul muka Sarah menggunakan kayu. Pada malam Krismas 2013, pihak polis membuat penangkapan terhadap Dan atas 32 kesalahan keganasan domestik yang telah Sarah failkan. Jika didapati bersalah, Dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 18 ke 20 tahun. Dan yang kemudian dibenarkan untuk diikat jamin terpaksa menetap di rumah ibu bapanya memandangkan rumah yang didiami bersama Sarah sebelum itu sudah menjadi milik bekas tunangnya itu. Lagi menyakitkan keluarga Jones, Sarah tinggal di rumah hasil titik peluh Dan tersebut bersama dengan kekasih barunya.

    Bapa Dan yang menerima tempias pertuduhan telah mencapai kata sepakat dengan anggota  keluarganya untuk memasang kamera litar di setiap kawasan penjuru rumah mereka. Pendekatan tersebut dibuat sebagai salah satu langkah awal untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa fitnah Sarah secara berterusan. Malangnya, Dan sekali lagi ditangkap pada 21 Mac 2014 atas pertuduhan menyerang Sarah secara seksual. Walaupun Dan mempunyai bukti foto dalam telefonnya sebagai alibi kukuh yang menunjukkan dia berada di lokasi berbeza pada waktu kejadian, Dan tetap menerima pertuduhan. Kali ini, dia tidak dibenarkan untuk diikat jamin memandangkan status pertuduhannya adalah pada peringkat tertinggi. Disebabkan itu, Dan telah dihantar ke penjara Gilbourn iaitu penjara yang paling ketat di negara Australia sehingga tempoh kesnya dibicarakan. Ibu bapa Dan berasa sangat sedih kerana mereka tahu kehidupan di penjara tersebut adalah begitu sukar sekali.

    Mujur sajalah pada akhirnya kes Dan ini mendapat perhatian daripada seorang detektif wanita bernama Leesa Alexander. Selepas penelitian semula fail kes dibuat, dia mendapati terdapat banyak lompong siasatan. Leesa mula mengesyaki Sarah kerana bekas tunang Dan itu kelihatan begitu gembira sepanjang tempoh bersama kekasih barunya. Bagi Leesa, adalah sesuatu yang mustahil untuk seseorang yang telah menjadi mangsa serangan seksual boleh berkelakuan gembira sedemikian tanpa sebarang rasa trauma. Selain itu, ada tiga aduan daripada Sarah yang menjadi tumpuan Leesa. Pertama, Sarah mendakwa pernah diserang di jalanan oleh seorang lelaki dengan pisau. Kedua, Sarah memberitahu Ipad miliknya hilang di rumah diyakini dicuri oleh keluarga Jones. Ketiga, kereta Sarah yang diparkir di tempat parkir kerja telah dipecah masuk. Hasil siasatan Leesa untuk ketiga-tiga aduan itu adalah seperti berikut. Pertama, pisau tersebut adalah pisau daripada rumah Sarah sendiri. Kedua iaitu berdasarkan maklumat semakan GPS, Sarah sendiri yang telah meletakkan Ipad miliknya di luar rumah keluarga Jones. Ketiga adalah berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup, tiada sesiapa yang memecah masuk kereta Sarah melainkan dirinya sendiri.

    Menerusi semua bukti yang dikemukakan oleh detektif Leesa, Dan akhirnya dibebaskan selepas empat bulan dalam penjara dan enam tahun berjuang untuk membersihkan namanya. Dan berasa cukup terkilan dengan sistem pengadilan di Australia yang telah menyebabkan penganiayaan terhadap diri dan keluarganya. Ibu bapa Dan pula terpaksa menanggung beban hutang sebanyak $600 000 yang sebelumnya digunakan bagi membayar kos guaman dan lain-lain lagi perkara demi memastikan anak mereka tidak dipenjarakan. Paling menyedihkan, ibu bapa Dan akhirnya bercerai selepas 30 tahun mendirikan rumah tangga kerana tiada lagi sefahaman antara mereka berdua. Mengenai Sarah, dia yang didapati bersalah pada tahun 2019  atas kesalahan membuat pertuduhan palsu telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. 

Catat Komen for "KISAH DANIEL JONES : Penganiayaan Seorang Tunang"