Kisah Pembunuhan Kejam Amelia Ulfa Supandi

Pada pertengahan tahun 2019 bertempat di Sukabumi dan Cianjur, Jawa Barat, Indonesia, seorang gadis berusia 22 tahun yang bernama Amelia Ulfa Supandi telah menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Amelia Ulfa Supandi yang juga merupakan anak sulung menetap di Kelurahan Sayang, Kecamatan Cianjur. Dia dikenali sebagai seorang gadis yang sangat solehah, berbudi pekerti mulia dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang tua. Selain keperibadiannya yang terpuji, Amelia juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Sejak di bangku sekolah menengah lagi, dia sentiasa mendapat kedudukan teratas dalam kelas sehingga berjaya melanjutkan pengajian di Institut Pertanian Bogor (IPB) iaitu sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka dalam bidang Diploma Teknologi Industri Benih. Setelah tamat pengajian dengan keputusan yang membanggakan, Amelia tidak terus berpeluk tubuh. Sementara bersiap siaga untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Juanda Bogor, dia memilih untuk bekerja di sebuah kilang kasut terbesar di Cianjur demi menyara diri dan meringankan beban kewangan kedua-dua ibu bapanya.

Detik hitam ini bermula pada hari Sabtu, 20 Julai 2019. Amelia meminta izin daripada orang tuanya untuk ke Bogor bagi menguruskan beberapa dokumen penting berkaitan pendaftaran kuliahnya, mengambil transkrip serta meluangkan masa bertemu dengan sahabat-sahabat lama. Disebabkan sudah terbiasa berdikari sejak zaman bergelar mahasiswi, perjalanan sendirian menaiki pengangkutan awam antara Cianjur dan Bogor bukanlah sesuatu yang asing bagi Amelia. Setelah bermalam di rumah rakannya, Amelia memutuskan untuk pulang ke Cianjur pada malam Ahad, 21 Julai 2019 kerana dia perlu komited untuk masuk bekerja pada keesokan harinya. Walaupun rakan-rakannya telah menasihati Amelia supaya menangguhkan perjalanan memandangkan waktu sudah lewat malam, gadis itu tetap berkeras untuk pulang demi tanggungjawabnya terhadap pekerjaan.
Pada sekitar jam 9:45 malam yakni selepas dihantar oleh rakan-rakannya, Amelia menaiki sebuah van pengangkutan awam laluan Ciawi-Cianjur. Van tersebut dipandu oleh seorang lelaki tempatan bernama Rahmat yang juga dikenali dengan gelaran Embeng, 25 tahun. Pada awalnya, terdapat beberapa penumpang lain yang menaiki kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun, seorang demi seorang turun di destinasi masing-masing sehinggalah van itu memasuki kawasan Cianjur. Apabila mendapati hanya Amelia yang tinggal sebagai penumpang tunggal di dalam kenderaan tersebut, niat jahat mula timbul di fikiran Rahmat. Didorong oleh sifat tamak, Rahmat berhasrat untuk merampas harta benda mangsa terutamanya telefon pintar jenis iPhone yang dipegang oleh Amelia.

Kejahatan Rahmat tidak berhenti di situ. Apabila dia menyedari Amelia mula bergerak dan menunjukkan tanda-tanda akan sedar daripada pengsan, perasaan panik serta takut perbuatannya terbongkar mula menguasai diri pelaku. Tanpa rasa belas kasihan, Rahmat mencekik leher Amelia dengan kuat menggunakan tangannya hingga mangsa meninggal dunia. Bagi menyembunyikan jenayah berat tersebut, Rahmat memandu kenderaannya ke kawasan Jalan Sarasa, Kecamatan Cibeureum, Kota Sukabumi. Di situ, dia membuang mayat Amelia yang berada dalam keadaan hampir separuh bogel di pinggir sebuah kawasan sawah padi sebelum memandu pulang ke rumahnya di Cianjur seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Malah pada keesokan harinya, Rahmat sempat meneruskan rutin hariannya bekerja seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang reaksi mencurigakan.
Misteri kehilangan Amelia mula terjawab apabila mayatnya ditemui oleh penduduk kampung yang sedang lalu-lalang di kawasan sawah tersebut pada pagi Isnin, 22 Juli 2019. Penemuan mayat wanita muda dalam keadaan yang amat menyayat hati itu segera dilaporkan kepada pihak polis. Di sebelah pihak keluarga Amelia pula, kerisauan yang amat sangat telah melanda mereka apabila Amelia tidak kunjung tiba di rumah sejak malam Ahad sedangkan wanita itu sempat menghantar pesanan WhatsApp menyatakan bahawa dia sudah hampir sampai ke Cianjur. Berbekalkan inisiatif sendiri, bapa saudara Amelia cuba mengesan kedudukan terakhir Iphone mangsa menerusi akaun Gmail. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati koordinat terakhir menunjukkan lokasi di Sukabumi, sebuah daerah di mana Amelia tidak mempunyai sebarang kenalan atau urusan. Kebimbangan mereka bertukar menjadi igauan ngeri apabila pihak polis mengesahkan identiti mayat yang ditemui di sawah itu adalah Amelia Ulfa Supandi berdasarkan padanan fizikal dan pakaian.

Pihak berkuasa bertindak pantas dengan menubuhkan pasukan siasatan khas bagi merungkai kes ini. Walaupun pada mulanya polis menghadapi kesukaran kerana ketiadaan saksi mata di tempat kejadian, kecekapan unit forensik digital dan teknologi maklumat (IT) dalam menjejak aliran isyarat serta penjualan telefon bimbit mangsa akhirnya membuahkan hasil. Selepas hampir dua minggu melakukan intipan, pada hari Jumaat, 2 Ogos 2019, sepasukan anggota polis melakukan serbuan sebelum menangkap Rahmat di sebuah lampu isyarat di Jalan Lingkar Timur, Cianjur ketika dia sedang menaiki sebuah lori pikap bersama rakannya.
Semasa sesi soal siasat dilakukan, Rahmat akhirnya mengakui perbuatannya sebelum mengaku bersalah. Lelaki terbabit mendakwa bahawa dia pada asalnya tidak berniat untuk membunuh Amelia melainkan hanya mahu merompak telefon bimbitnya. Pelaku turut mendakwa bahawa dia menangis dan berasa sangat menyesal sejurus selepas mencekik mangsa kerana teringatkan nasib keluarganya sendiri. Pengakuan dan tangisan penyesalan tersebut bagaimanapun tidak dapat memadamkan fakta kejam mengenai tindakan terancang yang telah dilakukannya. Pada 19 Ogos 2019, pihak polis mengadakan sesi rekonstruksi di mana Rahmat terpaksa memperagakan sebanyak 16 adegan bagi menggambarkan bagaimana dia menyerang, merogol, membunuh hinggalah membuang mayat mangsa.
Kes ini akhirnya dibawa ke muka pengadilan di Mahkamah Negeri (PN) Cibadak, Sukabumi. Pihak Pendakwa Raya menuntut hukuman maksimum atas kesalahan pembunuhan terancang dan keganasan seksual. Akhirnya pada bulan Januari 2020, pihak hakim menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara terhadap Rahmat.
Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Amelia Ulfa Supandi"