Kisah Kematian Zheng Linghua yang Benar-Benar Menyedihkan

Pada pertengahan tahun 2022, satu insiden buli siber yang menyayat hati telah berlaku di negara China. Kes ini melibatkan seorang gadis berusia 23 tahun, Zheng Linghua, seorang pelajar cemerlang yang menjadi sasaran fitnah dan gangguan dalam talian secara berterusan hanya kerana warna rambutnya serta sebuah foto kenangan bersama datuknya.
Zheng Linghua dilahirkan dalam sebuah keluarga yang ringkas dan dibesarkan terutamanya oleh datuknya sejak dia berusia enam bulan selepas kematian ibunya. Hubungan antara Linghua dan datuknya amat rapat di mana datuknya menjadi penyokong utama minat dan bakat seni Linghua dalam bidang muzik, nyanyian serta tarian. Pada Julai 2022, Linghua melakar kejayaan besar apabila berjaya meraih tempat pertama dalam ujian kemasukan ke peringkat Sarjana di Universiti Normal Zhejiang. Kejayaan ini merupakan impian besar Linghua untuk dibanggakan kepada insan yang paling banyak berjasa dalam hidupnya.

Semasa mendapat berita gembira mengenai surat tawaran kemasukan tersebut, Linghua terus bergegas ke hospital untuk menemui datuknya yang sedang terlantar akibat seranga strok dan penyakit jantung. Di tepi katil hospital, dia membacakan kandungan surat tawaran tersebut kepada datuknya yang separuh sedar. Detik penuh emosi itu telah dirakam dan dimuat naik oleh Linghua ke akaun Xiaohongshu (platform media sosial China) sebagai kenangan peribadi. Malangnya, foto tersebut telah dicuri oleh akaun-akaun komersial dan pusat tuisi tempatan tanpa kebenaran untuk dijadikan bahan promosi palsu.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila perhatian netizen mula beralih kepada penampilan fizikal Linghua yang mewarnakan rambutnya dengan warna merah jambu. Sebahagian pengguna internet mula melemparkan pandangan stereotaip dan andaian jahat. Linghua difitnah kononnya mempunyai hubungan sumbang mahram atau perhubungan fizikal dengan lelaki tua demi mendapat tempat di universiti. Malah ada yang menuduhnya bekerja sebagai wanita kelab malam serta melabelnya dengan gelaran penghinaan yang melampau.

Tidak tinggal diam, Linghua mengambil keputusan untuk mempertahankan maruahnya secara undang-undang. Dia membelanjakan sebahagian besar wang simpanannya untuk mendokumentasikan beribu-ribu komen fitnah menerusi notari awam, melaporkan kes itu kepada pihak polis serta mengupah peguam. Dia juga menghantar mesej secara peribadi kepada pemilik-pemilik akaun yang melemparkan fitnah supaya memadamkan komen dan memohon maaf. Walau bagaimanapun, tindakan Linghua ini tidak menghentikan serangan. Dia sebaliknya mencetuskan reaksi balasan yang lebih agresif daripada para pembuli siber yang menuduhnya bermentaliti lemah dan sekadar mahukan perhatian.
Akibat tekanan emosi yang melampau dan serangan tanpa henti, kesihatan mental Linghua mula terjejas teruk. Dia dijangkiti kemurungan klinikal (clinical depression) pada Julai 2022. Walaupun Linghua cuba menghitamkan semula rambutnya, berehat daripada media sosial dan menjalani rawatan psikatri di hospital, bayang-bayang trauma akibat kata-kata kesat netizen terus mengekorinya.

Pada 23 Januari 2023, Zheng Linghua akhirnya tewas dalam perjuangannya melawan kemurungan dan mengambil keputusan untuk mengakhiri nyawanya sendiri pada usia 23 tahun. Berita kematian Ling Jua disahkan oleh rakan karibnya di media sosial sebulan kemudian yang turut mendedahkan nota terakhir Linghua yang menggambarkan betapa beliau berasa terperangkap dan musnah akibat pembulian siber tersebut.
Catat Ulasan for "Kisah Kematian Zheng Linghua yang Benar-Benar Menyedihkan"