KISAH PEMBUNUHAN KEJAM RAMISA AKHTAR

Pada bulan Mei 2026 bertempat di Dhaka, Bangladesh, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun iaiatu Ramisa Akhtar telah menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh dengan kejam. Mangsa merupakan seorang pelajar tahun dua yang sangat bijak dan cemerlang di Popular Model High School.
Detik hitam ini bermula pada 19 Mei 2026 di kawasan penempatan Pallabi yang terletak di Mirpur, Dhaka. Hari itu, suasana tenang di kawasan kediaman Pallabi bertukar menjadi cemas apabila Ramisa dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah seperti biasa. Usaha pencarian segera dilakukan oleh keluarga mangsa bersama jiran tetangga di sekitar kawasan berkenaan. Syak wasangka mula timbul terhadap sepasang suami isteri yang merupakan jiran terdekat mereka iaitu Sohel Rana, seorang mekanik beca berusia 32 tahunndan isterinya, Swapna Khatun, 26 tahun. Sikap mencurigakan pasangan tersebut serta keadaan pintu bilik sewa mereka yang terkunci dari luar telah mendorong penduduk setempat bertindak memecah masuk kediaman berkenaan.

Di dalam bilik sewa yang sempit itu, penemuan menyedihkan telah membongkar perbuatan kejam pasangan tersebut. Mayat Ramisa ditemui disembunyikan di bawah katil yakni dibungkus di dalam beg guni plastik. Pemeriksaan fizikal awal menunjukkan mangsa telah mengalami penyeksaan yang amat teruk. Hasil laporan bedah siasat yang dikeluarkan kemudiannya mengesahkan bahawa Ramisa meninggal dunia akibat dijerut pada bahagian leher. Dia turut mengalami kecederaan dalaman yang amat parah akibat serangan seksual yang ganas.

Sejurus selepas kejadian membunuh itu terbongkar, Sohel Rana telah bertindak melarikan diri dari kawasan Pallabi untuk mengelakkan penangkapan. Pihak polis yang melancarkan operasi memburu secara terancang berjaya menahan Sohel pada hari yang sama di kawasan Fatulla. Sementara itu, isterinya, Swapna Khatun ditahan di lokasi berhampiran. Semasa sesi soal siasat dijalankan, Sohel Rana akhirnya membuat pengakuan bertulis mengenai tindakannya memancing mangsa masuk ke dalam bilik, merogolndan seterusnya membunuh kanak-kanak tersebut. Isterinya pula didapati bersubahat secara aktif dalam usaha menyembunyikan mayat dan melupuskan bukti jenayah bagi melindung perbuatan suaminya.
Kejadian yang menyayat hati ini telah membawa kepada reaksi kehakiman yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Bangladesh. Memandangkan kes ini melibatkan jenayah seksual kejam ke atas kanak-kanak, perbicaraan telah dijalankan di bawah Children Violence Suppression Tribunal menggunakan Akta Pencegahan Penindasan Wanita dan Kanak-Kanak 2000. Bapa mangsa memfailkan laporan rasmi pada 20 Mei 2026. Pihak polis dengan kecekapan luar biasa berjaya melengkapkan siasatan serta mengemukakan kertas pertuduhan rasmi dalam tempoh empat hari sahaja.

Perbicaraan kes ini berjalan dengan kepantasan yang luar biasa. Hanya dalam tempoh dua hari perbicaraan aktif, mahkamah telah mendengark keterangan lengkap daripada 16 orang saksi utama termasuk saksi kejadian, pakar perubatan forensik serta pegawai penyiasat polis. Pada 7 Jun 2026 iaitu hanya lima hari selepas proses perbicaraan dimulakan, Tribunal Kehakiman menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sohel Rana dan Swapna Khatun di samping mengenakan denda kewangan. Keputusan ini disifatkan oleh penganalisis undang-undang sebagai satu penanda aras (precedent) baharu dalam sistem kehakiman negara tersebut dari segi kecekapan dan penyampaian keadilan tanpa penangguhan.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM RAMISA AKHTAR"