Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TIGA WANITA MATI DIBUNUH "STALKER"

Kredit NLD

    KOREA SELATAN – Seorang lelaki bernama Kim Tae-hyon yang berusia 24 tahun telah ditangkap oleh pihak polis selepas melakukan pembunuhan terhadap tiga indvidu sekeluarga. Penangkapan itu dibuat pada 23 Mac lepas di apartment mangsa di mana Kim sempat tinggal di situ selama tiga hari sejurus selepas kejadian pembunuhan.  

    Mangsa yang dibunuh Kim adalah seorang wanita yang dikenalinya menerusi permainan dalam talian sejak bulan Januari lepas. Kim kemudian dikatakan telah terpikat dengan wanita itu sebelum cintanya ditolak. Wanita tersebut bagaimanapun ada memberitahu alamat tempat tinggalnya kepada Kim.

    Tentang hari kejadian, Kim telah pergi ke apartment wanita berkenaan dengan menyamar sebagai seorang penghantar barangan. Kakak mangsa wanita yang membuka pintu menjadi mangsa pertama yang dibunuh oleh Kim dengan cara tikaman pisau. Sesudah itu, Kim menyerang pula ibu kepada mangsa wanita itu lalu menikamnya sampai mati. Lima jam berikutnya, barulah mangsa wanita yang ditunggu-tunggu oleh Kim pulang ke apartment. Dia menerima nasib yang sama seperti kakak dan ibunya apabila ditikam dengan kejam hingga mati.

Suspek

    Selesai pembunuhan, Kim langsung tidak beredar pergi. Dia sebaliknya tinggal di apartment tersebut selama tiga hari bersama dengan mayat-mayat mangsa. Apa yang dilakukan Kim sepanjang tiga hari dalam aparment itu adalah memasak dan meminum bir. Kim juga cuba untuk memadamkan data telefon dan mencederakan diri sebelum akhirnya ditangkap oleh pihak polis. Penangkapan tersebut adalah hasil daripada laporan kehilangan mangsa yang dibuat oleh rakan-rakannya. Kim yang dihantar ke hospital untuk dirawat telah membuat pengakuan tentang pembunuhan tersebut.

    Pihak berkuasa di Seoul sudah pun mengeluarkan waran penangkapan terhadap Kim. Selain itu, keadaan kesihatan mental Kim akan diperiksa oleh pakar psikologi. Pada masa sama, Kim yang didakwa atas kesalahan mengendap dan membunuh disyaki telah merancang pembunuhan itu berbulan sebelumnya.

    Sumber : Daily Star UK

Catat Komen for "TIGA WANITA MATI DIBUNUH "STALKER""