Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH BENAR FILEM BLUE MIRACLE

IMDb

    Cerita inspirasi ringkas pada kali ini adalah mengenai filem terbaru Netflix yang berjudul Miracle Blue. Filem ini berdasarkan kisah sebenar di mana sekumpulan anak yatim piatu dari Mexico yang tidak pernah memancing telah memenangi pertandingan memancing yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan. 

    Kisahnya bermula pada tahun 2014 apabila seorang lelaki bernama Omar Venegas iaitu pengasas rumah yatim Casa Hogar yang terletak di bandar Cabo San Lucas, Mexico mangalami masalah kewangan. Dia memerlukan dana bagi kerja-kerja pembaikan pulih fasaliti Casa Hogar yang telah terjejas teruk akibat ribut taufan. 

    Omar kemudian tekad untuk menyertai pertandingan memancing Bisbee's Black & Blue Fishing Tournament dengan ditemani seorang lelaki pemancing berpengalaman, Wade Malloy. Hasil  tunjuk ajar Wade, siapa sangka Omar dan beberapa orang anak yatim yang turut bersamanya telah berjaya menangkap ikan marlin seberat 173 kilogram sekaligus membawa pulang wang ganjaran sebanyak $258,325. Mereka juga merupakan peserta pertama dari negara Mexico yang memenangi pertandingan memancing tersebut

Catat Ulasan for "KISAH BENAR FILEM BLUE MIRACLE"