Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH MAMORU TAKUMA : Pembunuhan Beramai-ramai Paling Kejam di Jepun

    Pernahkah anda mendengar nama Mamoru Takuma dari Jepun? Dia adalah pelaku dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di sebuah sekolah rendah yang terletak di bandar Osaka. Insiden pembunuhan kejam yang dilakukannya itu telah mengorbankan nyawa seramai lapan orang kanak-kanak.

    Kisah bermula pada 8 Jun 2001 apabila Mamoru Takuma (38 tahun) menjejakkan kakinya kawasan sekolah rendah Ikeda. Harus diketahui, sekolah rendah Ikeda bukan calang-calang sekolah kerana dilabel sebagai sebuah sekolah elit. Sesudah memasuki ke dalam ke dalam sekolah itu, Mamoru terus melakukan serangan dengan menyerang guru dan murid secara rawak menggunakan pisau dapur yang berukuran 6 inci. Ada mangsa yang dikelar pada bahagian leher dan ada juga yang ditikam. Secara keseluruhannya, seramai 23 orang mangsa yang telah menjadi mangsa amukan Mamoru di mana 8 orang daripada jumlah tersebut meninggal dunia manakala bakinya pula mengalami kecederaan parah namun berjaya diselamatkan. Semua mangsa yang meninggal dunia itu merupakan murid yang berusia dari tujuh hingga ke lapan tahun dengan tujuh daripada mereka adalah murid perempuan.

    Sementara itu, Mamoru dilaporkan berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas dipukul dengan kerusi oleh dua orang kakitangan di sekolah tersebut. Sewaktu disoal siasat, Mamoru ada membuat pengakuan bahawa sekolah itu dijadikan sebagai sasarannya kerana dia ingin menunjukkan bahawa anak murid yang berasal daripada keluarga kaya boleh dibunuh pada masa singkat iaitu lima ke enam saat. Dakwa Mamoru lagi, pendidikan bukanlah segala-galanya. Selepas insiden pembunuhan tragis itu, ramai murid di sekolah rendah Ikeda telah mengalami trauma dan PTSD (Gangguan Stres Pasca Trauma) hingga terpaksa mendapatkan rawatan psikologi.

    Mengenai sejarah hidup Mamoru, dia dilahirkan pada 23 November 1963 bertempat di Hyogo Prefecture. Hidupnya memang kucar-kacir sejak dari kecil lagi. Dia yang juga seorang kaki buli sering menimbulkan masalah hingga pada akhirnya diberhentikan daripada persekolahan. Lagi memeritkan Mamoru apabila dia kemudian telah dihalau keluar dari rumah oleh bapanya. Mamoru pernah menyertai pasukan tentera, namun ditamatkan perkhidmatannya kerana melakukan hubungan seks dengan pasangan di bawah umur. Tahun 1984, Mamoru telah dipenjarakan selama tiga tahun atas kesalahan merogol.  Selepas dibebaskan, pekerjaan Mamoru bertukar silih ganti dengan dia pernah bekerja sebagai pemandu bas, pemandu lori sampah, pekerja pembersihan di sekolah dan pemandu teksi. Dia bagaimanapun dipecat daripada semua pekerjaan itu disebabkan perangai buruknya sendiri. Salah satu kes Mamoru, dia pernah memasukkan ubat penenang ke dalam teh hingga menyebabkan empat orang guru terpaksa dihantar ke hospital akibat jatuh sakit.

    Mamoru juga sebenarnya mempunyai masalah mental. Dia yang pernah berkahwin serta bercerai sebanyak empat kali turut mempunyai rekod dimasukkan ke hospital psikiatri. Mamoru telah didiagnosis mengidap penyakit kemurungan, kecelaruan personaliti dan skizofrenia. Dia bagaimanapun dibenarkan untuk keluar dari hospital setelah disahkan dapat untuk mengawal diri.

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes pada tahun 2003, Mamoru yang mengaku bersalah telah dijatuhkan hukuman mati. Setahun berikutnya, Mamoru pun dihukum gantung sampai mati. Cuma pada waktu sebelum kematian Mamoru, dia langsung tidak pernah berasa menyesal dengan perbuatan jahatnya. Mamoru bahkan enggan untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa serta pada masa sama meminta hukuman matinya dipercepatkan. Kata Mamoru dengan nada ego,

    “Aku sepatutnya menggunakan minyak petrol pada hari kejadian itu supaya lebih ramai orang yang terkorban.” 

Catat Ulasan for "KISAH MAMORU TAKUMA : Pembunuhan Beramai-ramai Paling Kejam di Jepun"