Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN TIAHLEIGH PALMER : Pengkhianatan Sebuah Keluarga

Tiahleigh Palmer


IKLAN




JOM JOIN GROUP EMAS MURAH + FREE UPAH by #NishaJewels💕
💎 EMAS BAJET BERMULA DARI RM350 💎

Boleh beli secara :
📌Cash
📌Ansuran 6 bulan
📌Kutu/Hui


Whatsapp Admin : 
Nisha Jewels (ADMIN I)
📌(Pembelian , Agent , Ansuran dll)

Nisha Jewels/Annie (ADMIN II)
📌(Kutu Emas/Cash)


FOLLOW/ADD FB (Nisha Jewels) UNTUK TESTIMONI DARI PELANGGAN 💕💕💕



TAMAT IKLAN



    Pada tahun 2015, Tia atau nama sebenarnya iaitu Tiahleigh Alyssa Rose Palmer adalah seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang ceria, periang dan begitu disenangi oleh rakan-rakan di sekelilingnya. Sedikit tentang latar belakang Tia, dia yang dilahirkan pada tahun 2003 merupakan anak kepada seorang wanita bernama Cindy. Tia dijaga oleh Cindy sehingga dia berusia tujuh tahun sebelum dihantar ke rumah kebajikan memandangkan ibunya itu bergelut dengan beberapa masalah peribadi termasuklah mengalami masalah ketagihan dadah yang melampau. Hanya dengan cara tinggal di rumah kebajikan tersebut, Tia pasti mempunyai kehidupan yang lebih baik. 

    Tahun 2013, Tia telah dijadikan sebagai anak angkat kepada seorang wanita bernama Julie Pemberton. Dia juga dikatakan hidup dalam keadaan stabil dan bahagia bersama Julie. Dua tahun berikutnya, Tia dijaga pula oleh sebuah keluarga yang dikenali sebagai keluagra Thorburn. Tidak jelas mengapa Julie berhenti menjaga Tia, namun apa yang dapat dipastikan mereka berdua tetap saling menghubungi antara satu sama lain. 

Keluarga Thorburn

    Mengenai keluarga Thorburn, mereka terdiri daripada pasangan suami isteri bernama Rick dan Julene yang berusia dalam sekitar 50an. Rick bekerja sebagai seorang pemandu trak manakala Julene menjalankan perkhidmatan pusat asuhan kanak-kanak di rumah mereka. Pasangan tersebut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Joshua (19 tahun) dan Trent (18 tahun) yang berbakat dalam bidang tarian. Joshua yang juga seorang penganggur pada waktu itu membantu ibunya mengasuh kanak-kanak, Trent pula adalah seorang perantis di sektor pembuatan logam. Selain itu, keluarga Thorburn yang turut menjalankan perusahaan gerai jualan makanan secara trak mempunyai kolam renang, ladang buah strawberi dan ladang kuda di kawasan rumah mereka. Dalam erti kata lain, Tia hidup serba mewah bersama keluarga Thorburn. 

    Bulan September tahun 2015, Trent telah menghantar teks mesej kepada seorang sepupunya untuk memberitahu tentang hubungan seksual yang berlaku antara dia dengan Tia. Kata Trent, dia terpaksa melakukan hubungan intim tersebut kerana diugut oleh Tia yang mengugut untuk membunuh anjing peliharaan Trent jika kehendaknya itu tidak dituruti. Satu-satunya perkara yang menjadi kegusaran Trent adalah risiko Tia yang mungkin akan hamil dan khuatir ibu bapanya akan kehilangan sumber pendapatan bulanan hasil daripada menjaga Tia.Sepupu Trent kemudian telah bertindak untuk memberitahu Julene tentang perkara tersebut. Seperkara yang harus diketahui, Tia pernah menceritakan kepada seorang rakannya mengenai penderaan seksual sering dilakukan Trent kepadanya sewaktu ketiadaan Rick, Julene dan Joshua di rumah. Jadi, ada dua versi penceritaan tentang hubungan seksual itu. Pertama, versi Trent. Kedua versi Tia. Tidak diketahui versi penceritaan siapa yang lebih sahih. Cumanya sebaik Rick mendapat tahu tentang perkara tersebut daripada mulut Julene, dia sedar ada perkara yang harus diselesaikan dengan kadar segera susulan berasa bimbang reputasi keluarganya akan tercemar dan Trent bakal berdepan risiko untuk dipenjarakan atas kesalahan melakukan hubungan seks dengan budak di bawah umur. 


    Pada awal bulan November 2015, Tia dilaporkan hilang secara rasmi oleh pihak berkuasa dengan kali terakhir dia dilihat adalah pada pagi 30 Oktober. Menurut Rick iaitu pada waktu pagi hari kejadian, dia telah menghantar Tia ke sekolah seperti hari kebiasaannya. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan sekolah kemudian menghubungi keluarga Thorburn bagi memaklumkan tentang ketidakhadiran Tia di sekolah. Pada mulanya, keluarga Thorburn beranggapan Tia berkemungkinan sekadar ponteng sekolah atau lari dari rumah buat seketika seperti yang pernah dia lakukan beberapa kali waku sebelumnya. Selepas seharian Tia langsung tidak pulang, barulah keluarga Thorbun menyedari bahawa Tia sudah benar-benar hilang. Julie selaku bekas ibu angkat Tia ada memaklumkan mengenai Tia yang sememangnya seorang yang suka berahsia. Tia pernah memberitahu Julie tentang dirinya yang begitu membenci keluarga Thorburn tetapi tidak menjelaskan punca sebenar mengapa dia bercakap sedemikian. Malah, Tia enggan untuk meninggalkan rumah keluarga Thorburn kerana dia begitu menyayangi kuda peliharaan keluarga tersebut.

    Enam hari selepas kehilangan Tia, mayatnya yang sudah mereput telah ditemui dalam keadan separuh bogel oleh tiga orang nelayan bertempat di sebuah kawasan tebing sungai. Pakaian uniform sekolah dan beg galas milik Tia yang didapati hilang gagal untuk ditemui walaupun operasi pencarian sudah dijalankan secara meluas. Punca kematian Tia tidak dapat untuk dipastikan berikutan keadaan mayatnya yang telah pun mereput itu. 

Rick Thorburn

    Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, mereka akhirnya menahan Rick yang diyakini sebagai suspek utama pembunuhan Tia. Penangkapan tersebut dibuat selepas pihak penyiasat mendapat mengenai teks mesej yang pernah Trent hantar kepada sepupunya dan juga hasil rakaman audio intipan perbualan keluarga Thorburn di rumah mereka. Rick dipercayai telah meminta semua anggota keluarganya untuk keluar dari rumah pada hari kejadian sebelum dia bertindak untuk membunuh Tia. Selepas dibunuh, mayat Tia pun dibuang oleh Rick ke dalam sebuah sungai. Rick kemudian menyuruh Julene, Joshua dan Trent supaya berbohong kepada pihak polis dengan dakwaan kononnya kali terakhir mereka melihat Tia pada hari kejadian adalah sewaktu dia keluar dari rumah untuk pergi ke sekolah. Penangkapan Rick ternyata begitu memanjatkan ramai pihak kerana keluarga Thorburn dilihat sebagai sebuah keluarga yang penyayang terhadap Tia. Lagipun sewaktu operasi pencarian Tia, Rick ada membuat kenyataan di laman Facebook yang merayu dengan kepulangan Tia. Semasa hari pengkebumian Tia, Rick juga dilihat sangat bersedih ketika mengusung keranda anak angkatnya itu. 

Trent Thorburn

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Rick yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh Tia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan kemungkinan pembebasan secara bersyarat hanya selepas 20 tahun penjara. Rick dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital selepas ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di penjara dipercayai akibat menelan pil secara berlebihan. Sementara itu, Julene dan Joshua yang tidak terlibat dalam kejadian pembunuhan Tia telah bersetuju untuk menjadi saksi kepada pihak pendakwaan. Namun, mereka berdua tetap didapati bersalah atas kesalahan memberikan maklumat palsu tentang kematian Tia kepada pihak berkuasa. Julene dihukum penjara selama 18 bulan, manakala Joshua pula 3 bulan. Trent yang menerima tuduhan melakukan hubungan seksual dan dua lagi pertuduhan lain telah dipenjarakan selama empat tahun. Dia bagaimanapun dibebaskan hanya selepas 16 bulan berada dalam penjara. Julene, Joshua dan Trent pada hari ini masih lagi tinggal di rumah mewah mereka yang pernah menjadi mimpi buruk untuk Tia. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN TIAHLEIGH PALMER : Pengkhianatan Sebuah Keluarga"